Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR : Ketika kerajaan memperuntuk RM591 juta dalam
Bajet 2013 untuk menaik taraf keselamatan, keadaan rumah kakitangan dan
anggota polis di Markas Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Batu
9, Cheras, kekal daif.
Tinjauan Keadilan Daily mendapati, masalah paling kritikal di perumahan PGA Cheras yang berusia 30 tahun itu ialah kerosakan lif.
Di lokasi itu, hanya satu daripada tiga lif di blok G19 rosak,
menyebabkan penghuni terpaksa menunggu lama atau menggunakan tangga.
“Orang hamil pun terpaksa guna tangga. Macam mana kalau berlaku kecemasan? Bayangkan waktu lif rosak, ada orang nak bersalin?
“Ada kes suami terpaksa dukung isteri yang baru bersalin naik ke
atas,” kata seorang anggota polis yang lebih 15 tahun menetap di
perumahan PGA Cheras dikenali sebagai Nor.
Naik tangga 15 tingkat
Katanya,
setiap 17 blok flat Markas Briged Tengah, PGA Cheras antara 10 hingga
15 tingkat mengalami masalah sama. Setiap tingkat ada 10 unit rumah,
dengan purata 100 keluarga bagi setiap blok.
“Beribu-ribu orang tinggal di sini, memang bermasalah,” kata Nor.
Mengikut seorang lagi anggota yang dikenali sebagai ‘Vel’, seorang
wanita keguguran akibat terlalu kerap menggunakan tangga kerana lif
rosak.
“Ada perempuan hamil dua bulan, gugur sebab tak larat. Pegawai yang
ulang alik cuma sampai ke padang kawad. Nampak bersih di luar, yang
dalam tak nampak.
“Hanya ganti ‘body’ sahaja. Motor dan bahagian dalaman tak dibaiki.
“Peruntukan
baiki ada, ‘maintenance’ (senggara) ada. Tapi duit pergi mana? Akhirnya
kami terpaksa ambil ‘spare part’ buat sendiri,” katanya.
Markas Briged Tengah PGA di Batu 9, Cheras menempatkan Batalion 4 PGA, Batalion Khas 19 PGA dan Unit Simpanan Persekutan (FRU).
1 ulasan:
HELo Sahabat mohon laluan... Sebenarnya bukan mudah untuk membelanjakan peruntuk yang telah di beri oleh kerajaan. Banyak prosedur yang perlu dilalui sebelum sesuatu kelulusan itu diperolehi.. ini semua memerlukan masa... ianya bukanlah semudah mengarang artikel didalam blog ini...hihihihi
Catat Ulasan