Isnin, 4 Februari 2013

Peminat rayu Psy: Jangan jadi alat BN



MALAYSIA KINI

Kumpulan peminat Psy memuatkan rayuan di laman Facebook penyanyi rap Korea itu agar tidak menjadi alat politik BN dengan membuat persembahan di majlis rumah terbuka parti tersebut di Pulau Pinang.
NONERamai pengguna Facebook Malaysia dikesan menyalin dan memuatkan semula rayuan berkenaan di laman berkenaan.

Ada juga yang dikesan memuatkan mesej berkenaan dalam bahasa Korea dan merayu agar Psy tidak berkunjung ke Malaysia buat masa ini.

"Jika anda memilih untuk datang ke Malaysia, anda akan menjadi alat politik BN. Ia adalah parti politik dan sangat korup dan selalu menyalahgunakan kuasa untuk menganiaya rakyat Malaysia," mesej tersebut dipetik.

Kenyataan berkenaan juga mendakwa acara tersebut dibayar dengan menggunakan wang rakyat. BN bagaimanapun semalam menjelaskan bahawa ia ditaja oleh sebuah syarikat swasta.

Mesej berkenaan juga mendakwa BN cuba mengolah pemikiran generasi muda dengan mewujudkan illusi bahawa negara ditadbir dengan baik memandangkan pilihan raya umum akan dijalankan tidak lama lagi.

"Kami tiada pilihan selain menggesa dan berharap anda akan membaca surat ini. Kami dengan ikhlas merayu demi kebajikan rakyat, tolonglah, dengar suara kami.

Tiada ulasan: