Menurutnya, ugutan dan fitnah terus disebarkan di mana mereka mendakwa, jika berlaku perubahan dalam pimpinan Kerajaan Pusat, negara huru-hara, berlaku kegawatan ekonomi dan sebagainya.
“Taktik ini digunakan setiap kali menjelang PRU untuk menakutkan pengundi. Adakah masuk akal jika berlaku peralihan kuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan, negara akan berlaku huru-hara?
“Jika berlaku huru-hara, itu angkara siapa? Wajarkah apabila Pakatan Rakyat (PR) memerintah, penyokong adakan huru-hara dan sebagainya?
“Mungkin yang akan melakukan huru- hara itu tentunya penyokong Umno dan BN yang tidak dapat menerima kekalahan mereka,” katanya dalam sesi ceramah di Blok O, Sawah Sempadan bersama pelakon Hairi Othman.
Mahfuz berkata, rakyat dinasihatkan supaya menolak fahaman karut yang dibuat Umno dan BN yang dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa mereka dalam PRU akan datang.
“Rakyat perlu beri sokongan kepada calon Pas yang bakal bertanding. Rakyat berpeluang menikmati pemberian 20 meter padu air secara percuma, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), hadiah anak masuk Universiti dan sebagainya.
“Jika rakyat Selangor tidak buat perubahan dan beri sokongan kepada PR dalam PRU12 lalu, adakah mereka berpeluang menikmati semua ini?" katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan