Selasa, 5 Februari 2013

Nazri Aziz Mengaku Media Perdana Alat Kerajaan


Pilihanraya Eropah 02

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Penilaian Pilihan Raya Muslim Eropah memaklumkan pengakuan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa media perdana di negara ini sememangnya alat kepada kerajaan.

Ahli Jawatankuasa itu, Drs Fadime Orgu Fadime memberitahu Nazri mengakui media arus perdana memang alat untuk kerajaan ketika bertemu di parlimen.

“Pimpinan pembangkang ketika kami temui hampir semua menyatakan tentang tidak ada kesamarataan media dan pembangkang tidak diberi ruang langsung untuk menjelas agenda mereka dalam media arus perdana terutama menjelang pilihan raya,” katanya.

Beliau yang juga Mantan Ahli Parlimen Belanda selama dua penggal berkata, perkembangan pergerakan politik di Malaysia semakin lebih baik.

Pilihanraya Eropah 01

“Dalam siri pertemuan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan NGO, kami dapati perkembangan demokrasi di sini semakin baik.

釘eberapa pergerakan yang berlaku di Malaysia contohnya seperti Bersih, pergerakan memperjuangkan hak alam sekitar dan gerakan dari mahasiswa merupakan perkara yang positif untuk negara.

“Berbanding sepuluh tahun lepas kesedaran perubahan politik ini amat signifikan,” kata beliau bersama rakan dalam pemerhati itu Zouhair Amri.

Beliau turut berkata kumpulan itu bersedia untuk menjadi pemerhati antarabangsa dalam PRU-13 dan kini menunggu jemputan daripada Kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Saleh menyeru Kerajaan Malaysia membenarkan pemerhati antarabangsa bagi memantau perjalanan pilihan raya umum ke -13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Katanyan, pemerhati antarabangsa itu juga perlu memasukkan wakil-wakil negara Eropah dan tidak tertakluk kepada wakil pemerhati daripada negara Asia.

“Kerajaan Malaysia tiada alasan membenarkan pemerhati antarabangsa untuk memantau perjalanan pilihan raya negara,” kata Fuziah.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Jawatankuasa Penilaian Pilihan Raya Muslim Eropah yang diadakan di sebuah hotel di sini.

Tiada ulasan: