Isnin, 18 Februari 2013

Najib Tidak Berani Tegur Perkasa, Buktikan 1Malaysia Retorik Kosong


anwar tahun baru cina rumah terbuka 02

PETALING JAYA : Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak bermakna apabila beliau sendiri tidak serius menegur kumpulan Ketuanan Melayu yang membakar semangat perkauman.

Najib tidak langsung berdepan dengan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang baru-baru ini mahu membakar Kitab Injil Bahasa Malaysia.

Menurut Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim Najib tidak berani menegur Perkasa yang merupakan pertubuhan pro-Umno.

anwar tahun baru cina rumah terbuka speech  01

“Ini abang Anwar yang berani tegur, apa akan jadi sekiranya perkara sama terjadi di Sarawak dan di mana-mana, ia boleh merebak dengan cepat, boleh menjadi ‘trend,” ujar Anwar.

Beliau berkata demikian di dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Negeri Selangor yang berlangsung tengahari tadi, di perkarangan tempat letak kereta Kompleks Beli Belah One Utama.

Najib yang juga merupakan Presiden Umno itu turut dilihat sengaja menanamkan kebencian orang Melayu terhadap bangsa lain yang dianggap sebagai pendatang di negara ini.

“Di Perhimpunan Umno Najib, Tan Sri Muhyiddin dan paling kuat sekali Datuk  Sharizat menangis teresak-esak bila menyanyikan lagi ‘Anak Kecil Main Api’.

“Tahukan apa maknanya (lirik) ‘nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda’ dan diakhiri pula dengan ‘air mata darah bercampur keringat, bumi di pijak milik orang’.

“Siapakah ‘orang’ yang merampas tanah ini yang dimaksudkan itu?” ujar Anwar di majlis yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta One Utama di sini.

Menurut Anwar, lagu yang dinyanyikan di Perhimpunan Agung Umno itu adalah sebuah lagu perkauman.

tahun baru cina rumah terbuka 2013 01

Umno-BN cuba mengekalkan kuasa di Putrajaya dengan menggunakan agenda kononya mempertahankan hak Melayu padahal ia digunakan memperkayakan keluarga dan kroni masing-masing.

Beliau turut menyelar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan tindakan pemberian kerakyatan kepada orang Cina dan India oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.
“Tiada pemimpin lain di dunia selepas Hitler yang mempersoalkan isu kerakyatan seperti itu,” kata Anwar

Tiada ulasan: