Sabtu, 9 Februari 2013

Malaysia bakal jadi lebih baik di bawah Pakatan – Rafizi

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal jadi lebih baik daripada sekarang selepas 50 tahun negara ditadbir Barisan Nasional, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Malaysia ada pencapaian, ada yang bangga dengan Malaysia tetapi kita boleh jadi jauh lebih baik daripada sekarang. Selepas 50 tahun dalam sistem pentadbiran dan kerajaan yang sama, kita mula ada banyak masalah yang kini menyusahkan rakyat.

“Masalah ekonomi sampai sekarang tidak ada jalan penyelesaian. Kerajaan sebut macam-macam. Tiap-tiap tahun keluar angka-angka baru (ekonomi), tetapi  ia tidak merubah keadaan rakyat kebanyakan,” ujarnya dalam klip video Demi Rakyat yang dimuat naik ke dalam YouTube, baru-baru
ini.

.Rafizi-Demi-Rakyat

Menurut Rafizi, berbeza dengan dasar Barisan Nasional, Pakatan Rakyat mempunyai rekod dan keazaman untuk membanteras rasuah dan penyelewengan.

“Kalau kita berjaya jimatkan penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam kerajaan dan pimpinan BN, jumlahnya itu cukup besar untuk laksanakan pelbagai program.

“Contohnya untuk kita kurangkan harga barang, turunkan harga minyak, untuk kita batalkan tol, batalkan hutang pelajar, untuk turun harga kereta dan beri pendidikan percuma,” katanya.

Rafizi yang segak dengan kemeja putih dalam video berkenaan turut menyeru sumbangan orang ramai dalam pelbagai cara untuk menjayakan kempen Pakatan Rakyat.

“Sudah tentu kita perlukan sumbangan kewangan yang selari dengan cara dalam Pakatan Rakyat yang berbeza dengan BN yang ambil rasuah.

“Setiap sumbangan melalui Demi Rakyat.My mempunyai makna yang jauh yang jauh lebih besar. Kalau kita mahu masa depan yang lebih baik, tanggungjawab itu di tangan kita untuk bawa perubahan,” ujarnya dalam rakaman kira-kira 2 minit itu.

Untuk ikuti rakaman, KLIK INI.

Demi Rakyat adalah tema kempen KEADILAN untuk mengetengahkan suara rakyat mengenai tanggungjawab kerajaan dan harapan mereka, di mana orang ramai digalakkan menyebarkan klip video kempen yang dihasilkan sebanyak mungkin.

Sehingga kini, terdapat puluhan klip video yang dimuat naik ke  Youtube. Laman Demi Rakyat boleh diakses menerusi Demirakyat.my

Tiada ulasan: