Sabtu, 23 Februari 2013

Mahathir bayangi pimpinan Najib?

Wartawan Sinar Harian

PASIR PUTEH - Kepimpinan Perdana Menteri Kenyataan Datuk Sri Najib Tun Razak menampakkan kelemahan ketara apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus membayanginya.

Adun Limbongan, Zainuddin Mohamad berkata, Mahathir bertindak demikian mungkin mempunyai kepentingan sendiri namun ia secara jelas menampakkan kelemahan Najib kepada rakyat.

“Pas tidak hairan dengan dengan apa yang berlaku kerana Mahathir mungkin mempunyai kepentingannya dalam soal ini sebab itu kita juga dapat melihat bagaimana Mahathir terus membayangi Perdana Menteri,” katanya.

Perkembangan itu katanya, membuktikan kelemahan kepimpinan Najib yang tidak mempunyai kekuatan untuk bersuara atau menangani isu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bagaimanapun katanya, Pas sama sekali tidak mengharapkan kelemahan lawan untuk mencapai kemenangan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Dun Limbongan yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan Dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Januari Tan Abdullah di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Penghulu Tanpa Mukim Dun Limbongan, Lee Bon Hai, Ahli Majlis Daerah, Tan Gim Yong dan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Yuganu Yunus.

Pada majlis tersebut, 210 hamper diagihkan kepada warga Tionghua, 67 angpau diagihkan kepada warga emas dan lebih 200 angpau diagihkan kepada kanak-kanak.

Katanya, BN dilihat terdesak dengan terus memainkan isu tanah di Gua Musang walaupun Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bahawa Kelantan sentiasa bersedia untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tindakan memprotes isu tanah ini hanya menunjukkan keangkuhan mereka untuk tidak mempercayai atau memperkecilkan kredibiliti agensi kerajaan pusat,” katanya.

Tiada ulasan: