Itu reaksi Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung saman yang difailkan oleh Speaker Dun Perak, Datuk R Ganesan terhadap lima pemimpin DAP negeri, semalam.
Koo Ham berkata, pihaknya tidak terkejut dengan tindakan diambil Timbalan Pengerusi MIC Negeri itu kerana ia sudah menjadi satu kebiasaan bagi mana-mana pemimpin menutup isu daripada dijadikan bahan kempen terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menurutnya, tiada perkara yang perlu dikhuatirkan kerana pihaknya yakin sepanjang isu berkenaan digembar-gemburkan, tiada unsur tuduhan dibuat terhadap pemimpin itu.
“Januari lalu kita sudah menerima surat (tuntutan mohon maaf) daripada mereka dan kita sudah serahkan perkara ini kepada peguam untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, V Sivakumar berkata, pihaknya tidak pernah membuat kenyataan terbuka berhubung isu itu sebaliknya terus menyerahkan perkara berkenaan kepada polis.
“Masa dapat barang itu (DVD dan helaian kertas), kita tidak sebut pun dalam konteks ucapan samada dia terlibat atau tidak, saya Cuma tengok dan terus serah kepada polis.
“Kalau begitu tindakan Ganesan, kita lihat dan serah sahaja kepada mahkamah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan