Sabtu, 23 Februari 2013

KEADILAN selesai jurang pendapatan miskin kaya semua kaum

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : KEADILAN komited selesaikan masalah jurang pendapatan miskin kaya yang membelenggu negara sejak kemerdekaan dan menjadikannya agenda penting parti.

“Ada isu yang masih berulang. 40 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatan paling rendah terdiri daripada orang Melayu, (sedangkan) pimpinan Umno BN bawa pulang tujuh kali ganda pendapatan.

ir

“Tinjauan pendapatan isi rumah 2009 menunjukkan Malaysia antara paling teruk di rantau ini. Ia (penyelesaian) harus melangkaui dari pertimbangan kaum,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum menyampaikan ucaptama sempena pelancaran Institut Rakyat di Hotel Empire, di Subang semalam.

Anwar berkata, dasar Umno BN bersifat etnik punca kesenjangan ekonomi melebar, sedangkan KEADILAN berteraskan konsep ‘adil wal-ehsan’ menjurus kepada penyelesaian kepada kumpulan sasar.

“Ini menuntut perubahan ekonomi secara makro dan melibatkan perubahan beberapa dasar utama.
Pandangan kita, keadilan tidak kenal kaum atau keturunan untuk mengangkat harkat dan martabat,” katanya.

“Data menunjukkan kita di pihak benar. Pakatan Rakyat mesti elak perkara ini sebaik mendapat kuasa,” kata Anwar menambah, Institut Rakyat berperanan menjadi pendesak berdasarkan kajian, pemikiran dan pandangan yang bebas.

“Meskipun (Institut Rakyat) dikaitkan dengan KEADILAN, peranannya berlainan, iaitu untuk menawarkan analisis kritikal bagi (menegur) pentadbiran tanpa rasa takut, walaupun impaknya bukanlah serta merta,” kata Anwar.

Menyentuh dasar digariskan Institut Rakyat, Anwar mengulas, antara perkara yang mengepung golongan muda negara ini, termasuk dasar pendidikan dan peluang kerjaya.

“Semangat Institut Rakyat yang mengumpul tenaga pakar mahir dengan kelayakan akademik dan pengalaman korporat akan membawa agenda perubahan dan reformasi,” katanya.

Tiada ulasan: