Isnin, 11 Februari 2013

JANGAN ALIBABAKAN LESEN PKK

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI



WAWANCARA...Hj Sallehuddin sedang diwawancara mengenai perjalanan persatuan (PKKS).



SANDAKAN : Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh para Kontraktor bumiputera yang sudah menjadi ahli dalam Persatuan Kontraktor Klas F Sandakan.

Pertama, sebagai pemilik lesen syarikat-syarikat berkenaan yang sudah berdaftar dengan Persatuan Kontraktor Klas F Sandakan (PKKS), mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk meng'ali-baba'kan lesen-lesen mereka kepada bukan kontraktor bumiputera.
Jika ada di antaranya yang melakukan perbuatan sedemikian, maka Jawatankuasa PKKS boleh mengambil tindakan yang terdapat dalam undang-undang kecil persatuan.

Pengerusi Persatuan Kontraktor Klas F Sandakan (PKKS), Haji Sallehuddin Haji Anoi berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan Sabahkini.Net sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa persatuan tersebut yang diadakan di Bilik Mesyuarat Dewan Masarakat Sandakan pagi kelmarin.

Dalam mesyuarat yang dihadiri seramai 18 orang ahli jawatankuasa persatuan tersebut, terdapat empat agenda yang telah dibincangkan dalam mesyuarat yang berjalan lebih dua jam itu; antaranya ialah menetapkan beberapa syarat yang dikenakan kepada para kontraktor bumiputera yang mendapat satu-satu tender.

"Sekiranya salah satu daripada mereka tidak berupaya melaksakan projek tersebut mungkin disebabkan kekurangan modal, mereka boleh memberikan ruang dan peluang kepada kontraktor-kontraktor bumipitera yang sedia membantu dan yang berdaftar dengan persatuan ini,” tegas Hj Sallehuddin.

Agenda kedua ialah menyatupadukan semua kontraktor yang ada di lingkungan daerah Sandakan seperti Daerah Beluran, Daerah Tongod, Telupid dan Kinabatangan di bawah kalwal seliaan PKKS.

Agenda ketiga ialah memberi ketetapan tarikh dan masa untuk membuat kunjungan kehormat ke Jabatan Kerajaan negeri dan Persekutuan bagi mendapat maklum balas daripada para pegawai jabatan-jabatan berkenaan mengenai sistem dan tatacara sebut harga (Tender) dalam satu-satu projek.

KENANGAN...Sebahagian AJK PKKS bergambar beramai-ramai dengan Hj Sallehudin.

Bagi agenda keempat pihak persatuan tersebut meminta kerajaan mahupun jabatan-jabatan berkaitan supaya sistem tender yang diguna pakai sekarang tidak begitu konsisten dan ada baiknya seperti yang digunakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR); iaitu cabutan menggunakan sistem bola pingpong untuk mendapat satu-satu tender projek dengan kaedah yang telus.

Tambah Hj Sallehuddin lagi, dengan menggunakan komputer, sering berlakunya kebocoran segala maklumat yang berada dalam simpanan komputer berkenaan kerana ada orang yang mungkin melakukan penyelewengan dan timbul karenah birokrasi dalam pemberian tender-tender kepada kontraktor berkenaan.

Persatuan tersebut baru sahaja ditubuhkan pada awal Oktober 2012 dan telah mendapat kelulusan oleh Perdaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kini mempunyai ahli seramai 50 orang dan 18 orang sebagai ahli jawatankusa (Office Bearers). Pejabatnya terletak di Tingkat 4, di Wisma MARA Sandakan.

Bagi kontraktor-kontraktor bumiputera yang belum menjadi ahli dipersatuan ini mereka yang berminat boleh menghubungi Rosman Jekol talian 019-8040022; Ishak Apok 013-8802110 dan Aliasah Hj Aman 014-356832 pada bila-bila masa saja.

Tiada ulasan: