Jumaat, 15 Februari 2013

Insurans Kereta (Kenderaan) di Malaysia Naik Lagi Hari Ini 15 Februari 2013! Apa Kata Anda?

Staff Berita Semasa 
 
Insuran Motosikal Malaysia 2013 Insurans Kereta (Kenderaan) di Malaysia Naik Lagi Hari Ini 15 Februari 2013! Apa Kata Anda?

Tiada yang mengejutkan. Jikalau sebelum kita sudah pun mendengar berita kenaikan insurans kereta (kenderaan lain) di Malaysia DI SINI, tahun ini insuarans kereta & kenderaan lain terus dinaikan selepas mendapat “perkenaan” Bank Negara Malaysia (BNM) untuk dilaksanakan untuk seluruh rakyat Malaysia secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun 2011.

Pekeliling telah pun diedarkan kepada semua pengendali & agen-agen Insurans sejak minggu lepas lagi. Ini kerana bermula hari ini, insurans kereta, dan kenderaan lain akan dinaikkan bermula hari ini (15 Februari 2013)

Insuran Kereta Malaysia Insurans Kereta (Kenderaan) di Malaysia Naik Lagi Hari Ini 15 Februari 2013! Apa Kata Anda?

Butiran Kenaikan Insurans Kereta & Kenderaan Lain di Malaysia 2013?

  1. Untuk perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.
  2. Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk 4 tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.
Agak-agaknya apa lagi yang bakal kedengaran berita kenaikan selepas ini terutamanya setelah Pilihanraya Umum ke 13 amnya?

P/S : Walaubagaimanapun, bak kata menteri sekitar buan Oktber 2012 (SEPERTI DI SINI) kos pembayaran insuran di Malaysia masih antara yang terendah di rantau ASEAN

PP/S : Mungkin dengan pemberian BR1M RM500 dan RM250 yang diberikan kerajaan setakat ini sedikit sebanyak dapat menampung kenaikan insurans kereta & kenderaan lain di Malaysia. Apa kata anda pula?

Tiada ulasan: