Isnin, 25 Februari 2013

Inilah manifesto ditunggu-tunggu rakyat terutama Sabah & S’wak

Oleh Norutul Ilham

SHAH ALAM : Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat ditawar Pakatan Rakyat hari ini merupakan janji yang ditunggu-tunggu rakyat untuk merubah masa depan dan kebajikan mereka, kata  Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Penganalisis manifesto sempena Konvensyen ini menyifatkan tawaran itu sebagai ‘anugerah’ dan harapan baru negara.

PR

“Inilah perubahan kepada Malaysia. Peluang dinanti-nantikan rakyat yang ditekan. Tawaran manifesto ini adalah impian rakyat dan harapan itu menjelang tiba untuk satu gagasan. Rakyat terima dan sanjung apa yang ditawarkan kepada Sabah Sarawak,” katanya.

Beliau bercap pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Wilfred berkata, manifesto BN tidak memfokuskan kebajikan rakyat, bahkan diulang-ulang dan tidak pernah ditunai, seperti ‘Janji Ditepati’,” kata Wilfred.

“Manifesto Pakatan pula sangat cantik. Saya dah bertahun-tahun dengan BN, setiap manifestonya sama, Ini tunjukkan kerajaan bermasalah,” katanya.

Menurut Wifred, rakyat Sabah sedia menghumbankan Umno dari bumi negeri di bawah bayu itu dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

“Tempoh hari tengok bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimalukan di Pulau Pinang, jadi dia datang ke Tuaran, dia tidak tanya rayat adakah bersedia dengan BN kerana takut dibalas ‘tidak’…,” katanya.

Wifred turut membidas sikap tidak bertanggungjawab Umno BN yang gagal menunai janji menjamin keselamatan Sabah Sarawak selepas bergabung 50 tahun lalu.

“Isu pendatang tanpa izin (PTI) dan kemasukan orang asing di Lahad Datu amat membimbangkan. Kerajaan gagal kawal negara. Senator Australia (Nick Xenophon) ditangkap dan dihantar pulang, tapi berlainan pula apabila 100 pengganas masih boleh tinggal di Lahad Datu.

“Apabila berjaya tawan Putrajaya, Pakatan akan bersihkan pengundi, pulangkan royalti 20 peratus kepada rakyat dan naikkan infrastruktur seperti di Semenanjung,” katanya.

Tiada ulasan: