“Jika laporan itu benar, persoalannya mengapa situasi itu tidak dipantau sehingga sekarang? Apakah Kementerian Dalam Negeri ‘tidur semasa kerja’ sehingga tidak mampu bertindak dengan lebih awal?” kata Azmin dalam satu kenyataan hari ini.
Azmin mempersoalkan kemampuan Putrajaya menangani masalah itu, kerana membiarkan situasi tersebut sehingga pihak berkuasa terpaksa berunding dengan kumpulan bersenjata tersebut.
“Anggota keselamatan kita mesti mengawal situasi ini dan kumpulan tersebut mesti dilucutkan senjata sekarang,” kata Azmin lagi.
Ahli parlimen Gombak itu juga mengatakan Kementerian Dalam Negeri harus menjawab mengenai isu ini kerana ia melibatkan keselamatan negara, disamping mengkritik tindakan kementerian itu menghalau senator Australia Nick Xenophon atas alasan ‘risiko keselamatan’.
“Daripada kita memperbodohkan diri dengan membuat kenyataan dengan mengatakan Senator Nick Xenophon sebagai ‘musuh negara dan ancaman keselamatan’, pihak kementerian seharusnya lebih fokus dengan ancaman sebenar negara ini,” katanya.
Pada 13 Feb lepas, pasukan keselamatan Malaysia menahan sekumpulan warga asing bersenjata yang berpakaian tentera kerana menceroboh perairan Lahad Datu, Sabah.
Jumaat lalu, Manila menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka.
Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu.
Sabah merupakan sebahagian dari Kesultanan Sulu sehingga Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888.
Walaubagaimanapun, hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat.
Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan