Dipetik Bernama, beliau juga mempersoal tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat berpendapatan rendah.
"Inikah cara BN mentadbir untuk meningkatkan tahap kehidupan dan ekonomi rakyat," katanya dalam ucapan perasmian Karnival Tahun Baharu Cina peringkat negeri Kedah di sini, malam tadi.
Pakatan Rakyat kini memerintah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam ucapannya menyifatkan pemberian BR1M kepada isirumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan umpama 'mengumpan anak ayam'.
"Makanlah tapi jangan sampai tersangkut," katanya.
Dalam pada itu, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah menafikan beliau sakit dan tidak mampu mentadbir Kedah sebagaimana didakwa banyak pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan