Sabtu, 16 Februari 2013

Deepak akan saman Rosmah, kerajaan RM3b kerana kerugian perniagaan

THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR,― Peniaga permaidani Deepak Jaikishan akan memfailkan saman RM3 billion ke atas Datin Seri Rosmah Mansor dan kerajaan persekutuan dalam usaha menuntut kerugian dari projek perniagaan yang gagal.

Deepak (gambar) mendedahkan rancangannya dalam satu temubual bersama portal berita yang dimuatnaik di YouTube semalam, yang mungkin menyukarkan peluang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider hari ini bahawa peguamnya, Sivarasa Rasiah akan menerangkan dengan lebih lanjut Isnin ini.

“Kita lancarkan saman ke atas Datin Seri dan kerajaan Malaysia,” katanya dalam klip video sembilan minit, merujuk kepada Rosmah.

Ahli perniagaan itu kini sedang berhadapan dengan satu lagi kes mahkamah dengan syarikat Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah Awan Megah (M) Sdn Bhd, yang beliau dakwa menipu beliau jutaan ringgit dalam jual beli tanah.

Astacanggih Sdn Bhd, syarikat milik Deepak bersetuju membeli tiga bidang tanah pada 2007 pada harga RM13 juta dan jaminan bank sebanyak RM72 juta berbentuk bon dari Raja Ropiaah, yang menerima RM100 juta untuk penswastaan pembangunan pusat pengajian pertahanan, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Tanah tersebut kemudian ditukar milik kepada syarikat Cebur Megah kerana kerajaan tidak membenarkan tanah di projek swasta dijual oleh syarikat yang memenangi bidaan. Tanah tersebut masih milik kerajaan dan projek tersebut masih berjalan.

Ketua Wanita Umno Selangor itu didakwa menjual sebidang tanah dengan harga RM2 juta dan overdraf bernilai RM16 juta dalam “usahasama” dengan Guppyunip Sdn Bhd, syarikat yang mempunyai kepakaran dengan pembuatan plastik, menyebabkan peniaga permaidani itu membuat laporan polis Julai lalu.

Tiada ulasan: