Khamis, 7 Februari 2013

Bekas Tentera DiKurnia Anugerah Kesal, DiNafikan Bantuan RM1000

 Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/pak%20hassan.jpg 
KUALA NERUS - Seorang bekas anggota tentera, Koperal (B) Hassan Bin Abdullah, 55,  mempertikaikan tindakan pihak yang berkenaan, menafikan hak beliau dari menerima pemberian RM1,000 wang sagu hati kepada veteran tentera yang telah bersara tanpa berpencen.

Beliau telah berkhidmat selama 16 tahun dengan Rejimen 506 Askar Wataniah, bermula pada tahun 1979 dan telah bersara pada tahun 1995.

Menurutnya, tugas kebaktian beliau dalam perkhidatannya adalah sebagai jurulatih kawat dan jurulatih senjata dan mewakili anggota tetara dai kawasn Timur dalam beberapa pertandingan menembak di peringkat nasional.

Namun begitu, beliau dinafikan hak apabila beliau mendaftarkan diri untuk menerima pemberian wang saguhati RM1000 di Wisma Darul Iman pada Selasa 5 Februari.

Katanya, beliau diberitahu, tidak boleg menerima sumbangan itu kerana telah berhenti dari perkhidmatannya secara tidak terhormat.

[Gambar - Pak Hassan menunjukkan gambar dan pingat yag dianugerahkan kepaada beliau]

"semalam pada 5hb saya dipanggil oleh (untuk menerima) sumbangan sumbangan veteran tidak berpencen 1 Malaysia, saya tidak menerima apa-apa surat panggilan kecuali SMS sahaja....dia kata hanya memerlukan kad pengenalan,

"setelah disemak sehingga jam 2 petang apabila keluar surat (semakan) dia kata saya tidak layak untuk menerima kerana (didapati) berhenti dengan cara tidak terhormat kesalahan salah lalu,"ujarnya ketika ditemui di rumah, hadapan Kem Seberang Takir, dekat sini, pada Rabu 6 Februari. [Lihat Video]

Beliau menafikan pernah disabitkan dengan apa-apa tindakan kerana melakukan apa-apa kesalahan sepanjang perkhidmatannya bahkan menerima anugerah kerana berkhidmat dengan cemerlang.

"saya pun tak tahu salah laku apa.....? seumur saya berkhidmat dalam angkatan tentera selama 16 tahun saya disokong oleh pasukan, pada tahun 1994 saya menerima anugerah pingat PJK.....bererti perkhidmatan saya adalah cemerlang,"tegasnya.

Namun begitu katanya, beliau keliru kerana menurut laporan dalam buku kuning iaitu pada muka pertama sijil tamat perkhidmatannya, beliau dilaporkan berhenti mengikut para 48(c), seolah-olah kesalahannya amat berat.

Sebaliknya, kata beliau pada mukasurat akhir dalam laporan itu, pegawai pemerintah memberikan ulasan sebaliknya pula.

Menurutnya, apa yang beliau pernah ingati, beliau pernah menegur pegawai atasannya yang sering melakukan perbuatan maksiat kepada Allah SWT.

Oleh itu, beliau tidak berpuas hati dengan janji-janji kerajaan Malaysia yang berjanji mahu membantu kehidupan bekas-bekas anggota tentera dengan memberikan bantuan kewangan dan memberikan tanah tapak rumah atau rumah tanpa syarat.

"Kalau lah perkara ini pihak bekenaan tak boleh selesai, pemberian RM1000 tidak boleh selesai apatah lagi nak beri tanah dan rumah! jadi saya rasa terkilan...sebab bukan saya seorang, ramai yang masih susah macam saya,"ketanya.

Beliau menyarankan, untuk kebaikan semua anggota yang bersara tidak berpencen, Jabatan Arah dan Pencen Kementerian Pertahanan supaya tidak mengikut sangat kehendak-kehendak pegawai daripada Batalion.

Katanya, Jabatan sepatutnya turun melakukan siasatan sendiri untuk menyemak apa yang berlaku di peringkat anggota bawahan bagi mendapatkan gambaran sebenar.

Tiada ulasan: