Isnin, 18 Februari 2013

Batalkan Demokrasi Jadikan Negara Tentera........

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/DrMariah%20Safinah%20Bggl%20prdong.pngKUALA TERENGGANU - Muslimat PAS merayu parti-pari politik khususnya Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya berpolitik secara luhur dan jangan gunakan taktik-taktik kotor, atau sebaliknya 'mageran'kan sahaja demokrasi negara ini dan jadikan ia sebuah negara kuku besi atau negara tentera.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia YB Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, PAS telah mengalami banyak kekalahan dalam pilihan-pilihan raya yang lalu, tetapi parti itu tidak pernah menimbulkan apa-apa kekaucauan.

Menurutnya, sebagai orang politik, Umno harus bersedia untuk kalah dan menjadi pembangkang dalam negara Malaysia yang mengamalkan demokrasi.

"kita merayu kepada Umno supaya bersikap 'gentlemen', kita bertanding atau bersaing atas hujjah atas polisi......kalau betul dakwaan mereka (Umno-BN) telah berjaya dan banyak berjasa kepada rakyat, tidak ada sebab untuk rakyat tolak (mereka),

"tetapi ada banyak kesalahan-kesalahan yang telah mereka lakukan yang cuba ditutup (camouflage) dengan kebajikan kepada rakyat, jadi apabila kita mendedahkan menjadikan mereka resah dan gelisah,"jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program Xpresi Muslimat dan Ameerah yang diadakan sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) di Kampung Banggol Pradong pada Sabtu 16 Februari.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/DrMariah%20Bggl%20prdong.pngDr. Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan-tindakan Umno-BN kebelakangan ini yang menggunakan taktik samseng serta menakut-naktkan rakyat.

Beliau menyifatkan langkah Umno-BN itu adalah merupakan tindakan orang yang terdesak dan telah putus asa, yang telah 'hilang modal' untuk mempengaruhi dan mendapat sokongan dari rakyat.

Namun begitu, beliau berkata PAS tidak akan 'menjadi seperti mereka' dan mengambil tindakan menangani 'gejala samseng' Umno-BN dengan menjadi samseng juga, walau pun PAS boleh berbuat begitu sekiranya mahu.

"kita tidak akan jadi macam mereka (Umno-BN) kalau kita nak buat samseng dengan (kepada) samseng boleh........... tapi kita tidak (bukan) terdesak, kita tahu rakyat lebih bijak dan kita akan ambil langkah-langkah berjaga, dan kita memberi amaran serta peringatan kepada kepada Umno-BN,

"kerana kita tahu tindakan mereka memang cuba melakukan kekacauan seperti (peristiwa) 13 Mei, supaya dilihat, sekiranya mereka tidak memerintah, negara ini tidak aman,"tegasnya.

Justeru, kata beliau, Muslimat akan mengambil segala langkah-langkah keselamatan perlu bagi melindungi petugas muslimat dan calon muslimat yang akan turun pada pilihanraya akan datang.

Tiada ulasan: