Ahad, 10 Februari 2013

Ameerah Santuni Pengundi Tiong Hua

Editor Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/gelombang%20oren%20ameerah%20kl%20sentral.jpgBersempena sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini, AMEERAH Malaysia telah melancarkan program Gelombang Oren ke seluruh negara. Program diisi dengan aktiviti edaran buah limau kepada rakan-rakan kaum Tiong Hua, edaran leaflet Ameerah dan bumper sticker dengan tema 'Wanita Bahagia, Negara Sejahtera'.

Program ini diadakan serentak seluruh negara dengan mensasarkan kawasan awam seperti hentian bas, hentian keretapi, pasar pagi dan tempat letak kereta pusat membeli belah. Program ini adalah manifestasi kepada semangat muhibbah antara kaum yang perlu dipupuk di kalangan rakyat Malaysia terutama generasi muda hari ini.

Arahan kepada seluruh jentera Ameerah dan muslimat muda di setiap negeri untuk memulakan edaran jam 3 petang bagi mengambil peluang bertemu dengan teman-teman dari kaum Tiong Hua yang pulang ke kampung halaman atau yang keluar membeli belah bagi persediaan sambutan tahun baru mereka. Terdapat juga jentera negeri yang memulakan edaran sejak awal pagi lagi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/gelombang%20oren%20ameerah%20sabah.jpgSambutan yang sangat menggalakkan diterima dari rakan-rakan kaum Tiong Hua sepanjang edaran dijalankan. Mereka sangat gembira dan teruja menerima buah tangan dari kami malah ada beberapa negeri yang terpaksa menamatkan program lebih awal. Tidak sampai 40minit mereka telah kehabisan buah limau untuk diedarkan.

Ameerah Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada seluruh jentera Ameerah di setiap negeri yang telah berjaya menjayakan program pada hari ini. Memandangkan Gelombang Oren ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, Ameerah akan melancarkan Gelombang kedua, Gelombang Epal Hijau dalam masa yang terdekat.

Fareedah Samad
Pengerusi Ameerah Malaysia

Tiada ulasan: