Oleh Norutul Ilham
PEKAN : Lepas diserang ketika mengedar risalah Selasa lalu,
diikuti serangan dengan parang pada Rabu, kumpulan Gerakan Mahasiwa
PRU-13 di Pekan, Pahang petang ini dikepung pula kira-kira 100 samseng
Umno untuk menghalau mereka pulang.
Bercakap kepada Keadilan Daily,
wakil mahasiswa terlibat, Ekhsan Bukhari berkata, serangan tersebut
bermula semasa sekumpulan 30 mahasiswa mengedar risalah ‘Harapan
mahasiswa untuk rakyat Pekan’ di sekitar kawasan itu.
“Kami sedang edar risalah, tiba-tiba kumpulan 100 samseng di kalangan
ahli-ahli Umno Bahagian Pekan mengepung kami. Ada yang kena sepak,
tampar, terajang. Mahasiswi pula kena tarik tudung. Polis hanya tengok
serangan berlaku.
“Daripada situ, kami terus balik ke tempat penginapan, di Madrasah
Husna yang tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya dihubungi ketika
beliau dalam madrasah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.
Menurut Ekhsan, kumpulan samseng itu kemudian mengepung madrasah tersebut memberi amaran supaya mereka beredar.
Jika ingkar, kumpulan itu mengugut untuk melakukan ancaman, kata Ekhsan lagi.
“Samseng-samseng
itu masih di luar madrasah. Mungkin mereka bimbang dengan kehadiran
kami di sini kerana Datuk Seri Najib (Razak) akan ke pekan Chini esok,”
kata Ekhsan.
Sebelum ini, pelajar Universiti Selangor (Unisel) itu dan dua lagi
mahasiswa diserang samseng Umno di Kampung Datuk Keramat, Ganchong
ketika mengedarkan risalah kepada pengundi di kampung berkenaan.
Kumpulan siswa itu mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan
oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian pada kira-kira jam 1 petang
itu.
Manakala, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, dua siswa dan dua siswi
pula diserang dengan parang oleh samseng Umno di Felda Chini 4.
Gerakan Mahasiwa PRU-13 menggerakkan anggotanya untuk mengedarkan
risalah berkenaan selepas mengumumkan untuk meletakkan calon di kawasan
yang diwakili Perdana Menteri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan