KL TODAY
Kopi
ini dikatakan mempunyai aroma yang berbeza dan sangat unik jika
dibandingkan dengan kopi-kopi biasa. Dihasilkan melalui proses
penghadaman dan tindak balas dalam badan gajah tersebut, bau kopi ini
dan aroma aslinya mampu menyengat anda.
Bagi
pemungut tahi gajah, ini merupakan sumber rezeki yang sangat
menguntungkan sekiranya dapat memungut tahi-tahi gajah yang baru sahaja
‘dilepaskan’ dari tubuh binatang tersebut melalui proses pencernaan.
Mereka dikatakan sanggup menghabiskan masa dan tenaga semata-mata mahu
mendapatkan tahi gajah untuk dijadikan kopi ini.
Masakan
tidak, harga sekilogram tahi gajah mampu mencecah USD$1,100 (RM3,360)
untuk sekilogram. Justeru, hanya penggemar yang benar-benar
‘menghayati’ aroma serta rasa kopi yang asli sahaja sanggup menghirup
kopi termahal di dunia ini.
Baru-baru ini, hotel-hotel mewah di Thailand telah melancarkan penjualan kopi tahi gajah tersebut sebelum diikuti oleh Maldives dan terkini beberapa hotel mewah di Abu Dhabi turut melancar dan menawarkan pelanggan mereka untuk menikmati kopi tahi gajah tersebut.
Baru-baru ini, hotel-hotel mewah di Thailand telah melancarkan penjualan kopi tahi gajah tersebut sebelum diikuti oleh Maldives dan terkini beberapa hotel mewah di Abu Dhabi turut melancar dan menawarkan pelanggan mereka untuk menikmati kopi tahi gajah tersebut.
Kopi ini
dijangkakan mendapat saingan daripada satu lagi jenama kopi mahal dan
terkemuka dunia yang juga melalui proses pencernaan binatang iaitu
musang yang dikenali sebagai Kopi Luwak sebelum ini.
Menurut
pencipta kopi tahi gajah ini, Blake Dinkin, dia telah menghabiskan
sebanyak RM900,000 dalam proses mengembangkan idea dan melakukan kajian
saintifik terhadap najis gajah ini. Kajian yang dilakukannya sebelum
ini sangat berbaloi kerana akhirnya kopi mahal ini mampu dijual pada
harga RM153.00 secawan.
Gajah-gajah
ini diberi makan pelbagai makanan seperti pisang, tebu dan pelbagai
lagi dalam menghasilkan kopi yang mempunyai ‘aroma tersendiri’ ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan