Ahad, 7 Disember 2008

Angkatan Tentera berusaha sedia laluan alternatif

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang berusaha untuk mencari laluan alternatif baru bagi memudahkan penduduk dari taman perumahan dan kawasan pangsapuri berhampiran kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa untuk berpindah.

Panglima Empat Divisyen Infantri Malaysia, Mejar Jen Datuk Zulkiple Kassim berkata, tiga laluan alternatif yang dicadangkan sebelum ini masih belum dibuka kerana struktur tanahnya tidak sesuai dan lembut.

Laluan alternatif yang dicadangkan sebelum ini ialah Taman Bukit Mewah-Taman Tunku Abdul Rahman (TAR), Taman Bukit Mewah-Taman Antheneum dan Taman Bukit Mewah-Pangsapuri Impiana.

"Laluan-laluan yang dikenal pasti sehingga kini tidak dapat dibuka, telah dinasihatkan oleh pihak Ikram (Institut Kerja Raya Malaysia) dan JKR bahawa struktur tanah di kawasan tanah itu lembut," kata beliai dipetik Bernama, ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Laluan alternatif amat diperlukan memandangkan laluan utama yang menghubungkan taman-taman perumahan di Bukit Antarabangsa terputus akibat kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan beribu-ribu penduduk terperangkap.

Tiada ulasan: