Sabtu, 1 November 2008

Dun Selangor: Pelaburan Mais alami kerugian

Saidah Hairan


SHAH ALAM - Pelaburan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam hartanah, bangunan dan tanah-tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk diurusniagakan mengalami kerugian besar tetapi perkara itu dinafikan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Menurut Exco Hal Ehwal Islam, Adat-ada Melayu dan Infrastruktur Awam, Dato' Dr Hasan Mohd Ali ada syarikat di Selangor yang sudah tujuh tahun tidak membayar premium berjumlah RM68.2 juta.

Dalam perbahasan Belanjawan 2009 beliau turut menjelaskan mengenai Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang membuat penyiasatan terhadap seorang pegawai Mais dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Katanya, Tuanku Sultan menyokong tindakan BPR supaya diambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam penyelewengan wang kerajaan atau menyalahgunakan kuasa.

Sebab itu tambah beliau berdasarkan tindakan itu seorang pegawai LZS ditukarkan ke Kolej Islam Selangor (Kuis) tetapi seorang lagi pegawai didakwa terbabit masih berada di Mais.

"Saya sebagai exco yang bertanggungjawab dan diamanahkan akan menentukan peristiwa itu tidak akan berulang kalau berlaku saya minta nasihat daripada BPR, polis dan agensi lain," katanya.

Bagi menangani masalah pegawai kerajaan terlibat dengan rasuah dan penyelewengan beliau akan mengadakan ceramah 'executive talk' yang akan mengumpulkan 1,000 orang terdiri daripada pegawai negeri, daerah, pegawai GLC, pegawai di badan-badan berkanun untuk mengikuti ceramah mengenai sahsiah pembentukan keperibadian.

Dalam perbahasan itu beliau turut menyelar sikap Ketua Pembangkang ketika menjadi Menteri Besar mengetuai pasukan untuk mencegah maksiat 'pintu ke pintu' seolah-olah beliau seorang penguatkuasa.

Beliau turut membidas tohmahan pembangkang berhubung agihan zakat yang tidak adil konon agihan itu hanya menjurus kepada orang PAS dan KeADILan.

Katanya, apabila Gombak Setia berlaku banjir senarai yang diberikan bantuan wang 100 peratus orang Umno.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat dari segi bantuan memastikan tidak ada seorang yang terkecuali daripada mendapat bantuan tersebut kerana agihan zakat dijangkakan RM250 juta hingga 10 tahun mungkin negeri Selangor menjuarai dalam kutipan zakat.

Berhubung soalan tambahan Azmin Ali (Bukit Antarabangsa-KeADILan) tentang cadangan kenaikan gaji guru Kafa katanya, negeri Selangor mempunyai 6,236 guru dan kesan penambahan sebanyak RM56,999,534.40 setahun.

Tambah beliau jumlah keseluruhan dengan pendapatan RM1500 sebanyak RM112,248.000 maknanya perlu ada tambahan setiap tahun sebanyak RM56,000,534.40.

Selain itu kerajaan negeri juga tambah beliau, telah meluluskan Skim Takaful RM751,444.00 bagi membolehkan mereka mendapat bantuan apabila ditimpa kemalangan dan sakit. - lanh _

Tiada ulasan: