Cinca on
LICIK! Satu sindiket di Australia menggunakan kru penerbangan Malaysia untuk menyeludup dadah dengan menggunakan pakaian dalam.
Akhirnya,
seorang pramugari Malindo Air warga tempatan tertangkap dan terpaksa
berhadapan hukuman penjara akibat cubaan menyeludup heroin bernilai
jutaan dolar.
Tertuduh, Zailee Zainal, 40, menerima hukuman penjara sembilan tahun enam bulan setelah didapati bersalah.
Dia ditangkap oleh pegawai sempadan Australia tahun lalu ketika cubaan menyeludup barangan terlarang itu gagal.
Pramugari Malindo Air ditahan cubaan seludup dadah ke Australia, guna teknik seluar dalam
Ketika
membaca keputusan pengadilan, Hakim, Michael Cahill berkata bahawa
motif ibu kepada tiga anak itu melakukan jenayah tersebut adalah
disebabkan dia ingin mencari dana membiayai kos perubatan pembedahan
anak perempuannya.
“Dalam menjatuhkan hukuman
tidak ada belas kasihan kepada pesalah walaupun keputusan yang dibuat
adalah atas desakan hidup,” kata Michael.
Ketika
dibicarakan, Zailee juga mengaku direkrut oleh sindiket dadah setelah
nekad dan terdesak untuk mencari wang tambahan bagi membayar bil
perubatan terkumpul anak perempuannya.
Sebelum mengambil keputusan ‘gila’ tersebut,
Zailee sebelum ini telah berusaha mencari pendapatan tambahan dengan
menjual brownies dan Tupperware secara kecil-kecilan.
Malangnya,
usahanya gagal dan meminta syarikat penerbangannya bekerja untuk
menghebahkan berita kesukaran yang ditanggung bagi mendapat bantuan.
Selepas
berita kesukaran yang ditanggung tersebar melalui email yang dihantar
oleh syarikat penerbangan tersebut, seseorang individu yang dianggap
sebagai ‘kawan’ berjumpa dengannya.
“Saya sanggup melakukan apa sahaja.” Nekad Zailee ketika itu.
Pada
awalnya Zailee dimaklumkan untuk menyeludup ubat dan terpaksa melatih
diri dengan menggunakan kod perkataan ‘tiket’ untuk merujuk kepada ubat
yang diseludup.
Teknik seluar dalam
Di
mahkamah, Zailee juga mengatakan dia harus menjalani latihan sebagai
pembawa ubat, belajar bagaimana berbicara dalam kod, termasuk berjalan
dengan paket ubat yang diikat pada kakinya dan sebahagian lain disorok
dalam pakaian dalam termasuk seluar dalam.
Pramugari Malindo Air ditahan cubaan seludup dadah ke Australia, guna teknik seluar dalam
Antara
Oktober 2018 dan Januari 2019, dia telah melakukan lapan perjalanan dan
menyeludup lebih dari 4 kilogram kokain, bernilai sekitar 3 juta dolar
AS.
Semasa mendarat di Australia, dia akan pergi ke hotel yang mana pertukaran yang dianggap ubat itu akan dibuat di dalam tandas.
Zailiee memperoleh AU $ 6,500 (RM26,999.64) sebagai imbuhan yang menyebabkannya dipenjara.
Dalam
bahasa kod, heroin disebut ‘tiket’. Pihak berkuasa di Australia berjaya
merampas lima bungkusan heroin ketika Zailie ditahan.
Pramugari Malindo Air ditahan cubaan seludup dadah ke Australia, guna teknik seluar dalam
Ketika
ditangkap, Zailee membuat pengakuan penuh tetapi memberitahu penyiasat
bahawa dia menyangka dia diperintahkan membawa ganja.
“Hati
saya kuat megatakan itu bukan ubat, tetapi cuba meyakinkan diri saya
bahawa itu ubat dan saya seolah tiada pilihan serta telah nekad,”
katanya.
“Sekiranya saya tahu itu heroin, saya tidak akan melakukannya,” kata Azilee dengan penuh penyesalan.
Penahanan Zailee sementara menunggu hukuman di Australia memberi kesan besar kepada keluarganya.
Suaminya,
yang juga pramugara tidak dapat bekerja sejak penularan wabak Covid-19.
Kini, dia hanya menjalani hukuman penjara dan berusaha membuat rayuan
supaya dapat pulang dan menjalani hukuman di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan