Ahad, 11 Oktober 2020

Adun PAS Sabah lantik pegawai khas beragama Kristian


Herman dilantik sebagai pegawai khas oleh Aliakbar bagi menjaga hubungan antara 
kaum di Sabah.

KOTA KINABALU: Adun PAS Sabah, Aliakbar Gulasan mengumumkan pelantikan pegawai khasnya yang beragama Kristian, Herman Obi, ditugaskan untuk menjaga hubungan antara kaum di negeri itu.

Beliau berkata pelantikan Herman diyakini dapat memperkukuh lagi hubungan masyarakat pelbagai kaum di Sabah.

“Ia sekali gus membuktikan kesungguhan PAS Sabah membela kebajikan rakyat, merentasi kaum dan fahaman agama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Herman, 24, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) ialah setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sabah dan telah menjadi ahli DHPP sejak 2016.

Terdahulu, pelantikan Aliakbar sebagai Adun dilantik oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendapat tentangan dari pelbagai pihak terutama pembangkang di Sabah.

Baru-baru ini juga, Presiden STAR, Jeffrey Kitingan, dan Presiden PBS, Maximus Ongkili menegaskan pendirian masing-masing bahawa PAS tidak harus dilibatkan dalam persediaan GRS di Dewan Undangan Negeri dan pejabat kerajaan.

Bagaimanapun, mereka menggesa rakyat bekerjasama dengan Ketua Menteri Hajiji Noor tentang keputusan melantik Aliakbar itu.

Tiada ulasan: