HARAKAH DAIILY
KOTA BHARU: Selepas sekian lama memperjuangkan
tuntutan royalti petroleum seperti termaktub dalam perjanjian pada 1975,
akhirnya sekarang ia menjadi kenyataan.
Menteri Besar Ustaz
Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, Kerajaan Persekutuan
mengiktiraf Kelantan layak menerima bayaran tunai hasil petroleum
sebanyak 5 peratus.
“Kelantan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan di atas keputusan tersebut,” katanya pada satu kenyataan di sini, hari ini.
Pada 24 Oktober 2018 kerajaan Kelantan mengumumkan menarik balik saman terhadap Petronas dan kerajaan Malaysia ekoran keengganan membayar royalti petroleum terhadap negeri itu.
Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas pada 30 Ogos 2010.
“Pengumuman tersebut menunjukkan keterbukaan Kerajaan Perikatan Nasional di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan hak rakyat Kelantan terjamin dalam kerangka Persekutuan,” kata Menteri Besar. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan