Menerusi tinjauan Astro AWANI, rata-rata peniaga rasa khuatir kemungkinan terpaksa menutup perniagaan mereka jika wabak itu merebak ke kawasan tersebut.
Seorang peniaga pesisir pantai, Nurhidayah Azizan, 31, mengakui,
perniagaannya itu baru kembali 'bernafas' selepas terpaksa ditutup untuk
satu tempoh yang panjang sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) pada Mac lalu.
"Takut juga sebab kita di sini dekat dengan
kawasan Sanglang. Kalau tengok keadaan sekarang pun orang ramai masih
takut nak keluar.
Sementara itu, Mohd Razhi Mahal, 35, pula berkata, sejak kerajaan mengumumkan peningkatan jumlah jangkitan COVID-19 di Kuala Sanglang, jumlah pengunjung di kawasan Kuala Perlis turut menerima tempiasnya.
"Kita memang takut dengan jangkitan COVID-19. Para pelanggan pun amat kurang, mereka juga takut, jadi perniagaan kami pun terjejas juga," katanya.
Pada ketika ini, para peniaga di situ menunggu arahan lanjut daripada kerajaan negeri yang sedang mempertimbangkan untuk melaksana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Sanglang dan daerah lain sekiranya jumlah kes COVID-19 di Perlis semakin bertambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan