Khamis, 13 Ogos 2020

Pelajar sekolah di Seri Pantai negatif Covid-19

Saiful Adli Mohamad dan Suraya Roslan dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor
 
GAMBAR hiasan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua ujian pengesahan Covid-19 yang dilakukan terhadap pelajar sekolah di Seri Pantai adalah negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, 54 individu berkait kontak rapat kepada pelajar berkenaan juga adalah negatif virus itu.

"Dua ujian pengesahan ini dilakukan dalam tempoh 24 jam.

"Tindakan proaktif saringan kontak rapat dijalankan untuk 54 individu membabitkan dua di sekolah menengah kebangsaan, empat ahli keluarga, lima rakan keluarga dan tiga anggota kesihatan.

"Kesemua ujian pengesahan Covid-19 untuk 54 individu ini adalah negatif," katanya dalam sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini tular mengenai seorang pelajar di sekolah Lembah Pantai yang dikatakan positif Covid-19 seperti tular di aplikasi WhatsApp sedang menunggu pengesahan ujian makmal.

Pengesahan ujian makmal diperlukan bagi memastikan tiada tindak balas silang semasa ujian yang mungkin boleh berlaku memandangkan pelajar Tingkatan Lima itu disahkan dijangkiti demam denggi.

Tiada ulasan: