Jumaat, 7 Ogos 2020

Memang sudah jangka ayah akan ditahan – Anak Guan Eng

Wartawan MalaysiaGazette
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hadir ke mahkamah bagi
menghadapi pertuduhan berhubung kes projek terowong dasar laut Pulau
Pinang di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Anak Lim Guan Eng mendakwa penahanan bapanya selepas keruntuhan Kerajaan Pakatan Harapan sudah pun dijangka berlaku.

Dakwa Marcus Lim, rancangan mereka mudah, fitnah dan tangkap pemimpin yang enggan tunduk kepada taktik kotor.

“Motif mereka jelas, fitnah dan cemarkan DAP sebagai sebuah parti yang korup untuk hancurkan PH sikit demi sikit,” katanya.

Beliau yang menyifatkan pertuduhan yang bakal dikenakan ke atas Guan Eng adalah pendakwaan politik dan tindakan ini amat menjijikan.

Katanya, bapanya akan mempertahankan dirinya.

“Berani kerana benar,” ujarnya.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi didakwa di mahkamah pagi ini.

Pendakwaan membabitkan bekas Menteri Kewangan itu berhubung skandal projek terowong bawah tanah. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: