Isnin, 10 Ogos 2020

Jangan terpedaya dengan lakonan tangisan ultra kiasu

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

 

Jika mereka dihukum, semua tidak adil, buruknya pada kerajaan

BILA Musa Aman dilepaskan daripada sebarang pertuduhan oleh mahkamah, maka mahkamah dikatakan tidak bebas, ada campur tangan Eksekutif dalam sistem kehakiman.

Tidak wujud pemisahan kuasa antara badan perundangan (Legislatif), badan pelaksana (Eksekutif) dan badan kehakiman (Judisiari).

Bila Najib Razak dijatuhkan hukuman berat oleh mahkamah dalam kes SRC, maka mahkamah dikatakan bebas, hakim telah menjalankan tanggungjawabnya dengan adil. Tidak pula kedengaran ada campur tangan Eksekutif.

Bayangkan jika mahkamah menjatuhkan hukuman tidak bersalah kepada Najib Razak. Maka akan berteriaklah ultra kiasu bahawa mahkamah tidak adil, hakim telah disogok, ada campur tangan Eksekutif, PM bela kleptokrasi dan macam-macam lagi tohmahan yang akan dikeluarkan.

Namun, bila ada sahaja seorang dua ultra kiasu dijatuhkan hukuman bersalah, atas dakwaan yang hampir sama, percayalah nanti bahawa mahkamah akan dikatakan tidak bebas, campur tangan Eksekutif begitu ketara.

Keadaan ini sudah dapat dilihat dengan jelas apabila SPRM membuat pendakwaan dan menjalankan siasatan. SPRM sudah dituduh macam-macam. SPRM dikutuk sehingga ngeri untuk membaca kutukan ultra kiasu ini.

Dalam kata lain, kena kat depa tidak boleh. Kena pada orang lain, boleh. Jika orang lain dihukum, itu adil. Jika orang lain, tidak dihukum, mahkamah berat sebelah. Jika mereka dihukum, semua dikatakan tidak adil, hakim tidak adil, polis tidak adil, SPRM tidak adil. Semuanya kleptokrasi. Buruknya pada kerajaan, baiknya kepada ultra kiasu.

Inilah strategi, teknik dan taktik (psywar dan psyop) yang sekian lama digunakan untuk mengaburi mata rakyat.

Mereka sahaja yang lembu suci. Orang lain tidak sesuci lembunya.

Bagi mendapatkan simpati untuk membayar ikat jamin, maka mereka pun melancarkan kutipan derma bagi menunjukkan kepada rakyat betapa ‘miskin’nya ultra kiasu ini. Lebihan derma nanti akan digunakan bagi tujuan yang sama atau tujuan lain.

Walhal, sekadar ikat jamin satu dua juta, kepada ultra kiasu ini saya boleh katakan ‘kacang’ sahaja. Jutawan ultra kiasu yang telah dikayakan oleh kerajaan, pasti akan berbondong-bondong menderma.

Terutama, jutawan dadah, jutawan judi, jutawan kelab malam dan yang sekutu dengannya.

Takkan, sekadar satu dua juta, mereka tidak boleh bantu. Mustahil. Tetapi itulah hakikat psywar dan psyop mereka. Tagih simpati. Kaburi mata rakyat.

Saya harap kali ini, rakyat tidak terpedaya dengan lakonan tangisan palsu tagih simpati ultra kiasu ini.

Apa pengajaran dan apa yang kita boleh belajar daripada semua ini.

Pertama, solidariti mereka sangat kukuh dan utuh. Sejuta yang dicari, pasti berjuta-juta yang akan didapati. Kita apa ada? Tidak dapat dibayangkan, jika Najib Razak melakukan perkara sama untuk membayar ikat jamin, dengan mengutip derma seperti mana ultra kiasu lakukan. Pasti Najib Razak akan dikutuk rapat. Kata-kata nista pasti dikeluarkan seperti kutip derma untuk kleptokrasi, kleptokrasi cari simpati dan macam-macam lagi kutukan dan hinaan.

Kedua, kita terus terpedaya dan tertipu. Persoalannya, sampai bila mahu sedar? Keadaan umat Islam semakin meruncing hari demi hari. Perpecahan yang tidak pernah habis. Malah, keadaan semakin hari semakin serius. Kita terus yang goyah. Asyik bergaduh sesama sendiri. Bila kecewa tubuh parti baharu. Umat Islam berpecah lagi. Orang lain (ultra kiasu) terus mengambil kesempatan.

Ketiga, sudah sampai masanya untuk kita sedar. Jika tidak mahu mengambil iktibar bagaimana ultra kiasu bersolidariti, sekurang-kurangnya lihatlah Bumiputera Sabah dan Sarawak. Dalam hal ini, saya fikir Bumiputera Sabah dan Sarawak jauh lebih ke hadapan dan soal menyusun strategi, taktik dan teknik. Mereka lebih nampak kebobrokan ultra kiasu. Mereka jauh lebih sedar. Sedar atau tidak, sebenarnya Bumiputera Sabah dan Sarawak sudah sedar dan bangun menentang ultra kiasu. Percayalah, PRN Sabah tidak lama lagi, pasti ultra kiasu akan diajar, atas kesedaran orang di sana. Menolak ultra kiasu yang bersifat perkauman.

Saya selalu memuji Bumiputera Sabah dan Sarawak, mereka langsung tidak pernah meminta sekolah berasaskan kaum untuk didirikan, walaupun mereka amat layak berbuat demikian, kerana mereka adalah peribumi. Berbanding dengan ultra kiasu, sudahlah mereka mendatang ke negeri orang, bukan sahaja dirikan sekolah berasaskan kaum, desak kerajaan bantu, kerajaan terpaksa bantu. Tidak cukup dengan itu, desak kerajaan iktiraf sijil haram mereka (UEC), yang tidak sepatutnya diiktiraf. Akhirnya, mereka berjaya. Hebatkan!

Apa yang ultra kiasu tidak ada hari ini, sekolah, kolej dan universiti sendiri, akhbar sendiri yang jauh lebih banyak daripada akhbar etnik lain, channel radio dan tv sendiri, bandar sendiri dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, daratan dan lautan mereka kuasai, kita hanya menjadi penjaga kepada mereka. Di daratan kitalah polis, kitalah askar, kitalah trafik, berjemur, berpanas. Di Lautan, kitalah polis, kitalah askar, kitalah maritim. Nyawa jadi gadaian dan gantian.

Mereka yang ultra kiasu terus membina kekayaan dalam keadaan yang aman damai, kerana kita asyik menjaga dan berjaga.

Sampai bila? Satu demi satu pengajaran Allah tunjukkan, tetapi tetap tidak mengambil iktibar. Kita tidak bersolidariti. Hatta, dalam isu Allahyarham Adib pun, pegawai bomba yang dibunuh dalam rusuhan, kita tidak dapat beri keadilan kepada arwah dan keluarganya. Sesama kita berbelah-bahagi. Ultra kiasu terus mengasak di luar dan dalam Parlimen, seolah-olah kelihatan, mereka pembela Adib. Sampai bila?

Keempat, hentikanlah tikam-menikam sesama saudara, seagama, hanya kerana mahu berkuasa. Ultra kiasu dibela seperti lembu suci. Ultra kiasu seolah-olah suci daripada rasuah, dosa dan noda. Ultra kiasu dianiaya kleptokrasi dan lain-lain.

Sedangkan kita semua tahu, usahkan dapat habuan projek berbilion, pergilah siasat bagaimana ultra kiasu merasuah pihak berkuasa dalam mendapat projek dan tender. Merasuah untuk melepaskan diri daripada kegiatan haram, dadah, kelab malam, pelacuran dan sebagainya.

Apabila hidup tidak ada halal haram, bujur lalu, melintang sapu.

Justeru, bangunlah wahai umatku. Masa terus berlalu. Kita terus berseteru. Sebangsa dan seagama tidak bersatu. Setiap hari mencari seteru, kau-kau, aku-aku. Seolah-olah tidak ada titik ke temu. Bukankah kita ada agama sebagai pedoman. Untuk dijadikan panduan. Agar hidup beroleh keberkatan.

Tiada ulasan: