Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dinasihatkan
tidak menunaikan solat di lorong kecemasan lebuh raya itu atas faktor
keselamatan.
Pemegang konsesi Lebuhraya KLK dan Lebuhraya Pantai
Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad memaklumkan tindakan itu dikhuatiri
boleh menyebabkan penunggang motosikal atau kenderaan lain yang mungkin
tidak menyedari kehadiran individu di lorong kecemasan.
“Kami amat menghargai kesabaran pengguna Lebuhraya KLK
dan juga ketaatan umat Islam menunaikan ibadah solat ketika dalam
perjalanan ke Pantai Timur setiap musim perayaan dan cuti umum.
“Namun, kami sebagai pengendali Lebuhraya KLK juga ingin
memohon kesabaran dan penelitian wajar daripada pengguna jalan raya
agar tidak menunaikan ibadah solat di atas jalan, iaitu lorong kecemasan
atas faktor keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, gambar pengguna lebuh raya menunaikan solat
Subuh di lorong kecemasan Lebuhraya KLK akibat kesesakan lalu lintas
untuk pulang ke kampung halaman bagi sambutan Aidiladha, tersebar di
media sosial.
Sementara itu, Anih Berhad berharap pengguna lebuh raya
dapat merancang perjalanan dan persinggahan untuk bersolat atau berhenti
rehat di hentian rehat dan rawat sepanjang LPT1 serta LKL ketika pulang
ke Lembah Klang.
“(Tindakan itu sebagai langkah persediaan dalam)
menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan mendadak dan kesesakan yang
bakal ditempuhi kelak.”
Solat sebenarnya boleh dilakukan dalam kenderaan tanpa perlu membahayakan diri atau pengguna jalan raya lain.
TAKRIF SOLAT MENGHORMATI WAKTU
~ Solat fardhu yang didirikan seseorang yang tidak ada kemudahan @
kemampuan untuk bersuci atau berhalangan air. Memandangkan di dalam
pesawat, masalah kemudahan air dan tempat adalah terhad. Tambahan pula
persoalan keselamatan pesawat dan penumpang adalah diutamakan, maka
Islam mengharuskan seseorang itu mengerjakan solat tanpa wuduk dan tanpa
menghadap kiblat.
SOLAT DALAM KENDERAAN
~ Niatnya sebagai contoh: “Sahaja aku solat fardhu Subuh dua rakaat menghormati waktu kerana Allah Taala”
~ Seseorang yang melakukan solat menghormati waktu WAJIB MENGULANGI
SOLATNYA apabila sudah memperolehi kemudahan atau kemampuan untuk
bersuci atau tidak berhalangan menggunakan air jika waktu solat tersebut
masih ada.
~ Jika waktu solat itu sudah luput, wajiblah seseorang MENGQADA’KAN SOLAT tersebut.
SUMBER: https://www.e-solat.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan