Isnin, 10 Ogos 2020

'11 kes baru, penularan akibat aktiviti kunjung-mengunjung'

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Terdapat 11 kes baru Covid-19 yang dicatatkan setakat tengah hari tadi, termasuk lima kes import dan enam lagi dijangkiti melalui penularan tempatan.

Dengan perkembangan itu, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia adalah 9,094 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan di negara ini sebanyak166 kes.

Ketua Pengarah Kesihatran, Dr Noor Hisham Abddullah pada sidang media di Putrajaya, hari ini berkata semua lima kes import itu melibatkan warganegara Malaysia. Beliau turut memberi perinciannya seperti berikut.

  • Australia - 3 kes di Selangor.
  • Jepun - 1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Singapura - 1 kes di Johor.

Katanya, daripada enam kes penularan di dalam negara, lima kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan satu kes membabitkan bukan warganegara iaitu kes saringan di tempat kerja di negeri Selangor.

Butiran lain seperti berikut:

  • Johor - 1 kes saringan pra pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom
  • Perak - 3 kes daripada Kluster Kurau.
  • Melaka - satu kes saringan kemasukan ke wad di sebuah pusat perubatanswasta. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka.

“Kluster Sivagangga dan kluster Kurau merupakan dua kluster yang didapati mencatat pertambahan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini, terutamanya selepas musim perayaan.

“Siasatan yang telah dijalankan melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif dan juga saringan ke atas kontak rapat kes, mendapati bahawa penularan jangkitan Covid-19dalam kedua-dua kluster ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh aktiviti kunjung-mengunjungsemasa musim perayaan.

“Kebanyakan kes positif kedua-dua kluster ini adalah terdiri daripada ahli keluarga. Golongan warga emas dan juga kanak-kanak turut termasuk dalam kes-kes positif dalam kluster ini, iaitu dalam lingkungan umur dua (2) hingga 70 tahun,” katanya.

Kluster PUI Sivagangga yang ini bermula dari pemilik restoran nasi kandar di Napoh, Jitra Kedah sebelum ini juga menyebabkan penularan meningkat dengan ketara.

Sehubungan itu Dr Noor Hisham menasihatkan penjarakan fizikal (physical distancing) yang selamat sesama individu sewajarnya diamalkan di semua tempat termasukdi antara ahli keluarga dan sanak saudara.

Katanya, individu yang tidak sihat atau bergejala tidak sepatutnya mengunjungi atau menyertai sebarang kenduri-kendara dan perayaan.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat 19 kes pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif pulih 8,803 kes atau 96.8 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes atau 1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Dia berkata, sehingga kini, terdapat satu kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan tiada yang memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada ulasan: