PEKAN –Terima kasih…terima kasih…undi BN. Terima kasih…terima kasih undi BN…itu antara lagu yang dinyayikan oleh penyokong Barisan Nasional (BN) termasuklah Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said bersama Ketua Penerangan UMNO Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika berada di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Chini 2.
Mereka yang lalu lalang memberikan ‘respond’ yang cukup baik dengan masing-masing membunyikan hon kepada mereka yang berada di laluan menuju ke PDM berkenaan.
Ismail yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata suasana dan keadaan di kawasan berkenaan teratur dan sangat menggalakkan dengan petugas melaksanakan tugas masing-masing.
“Keadaan di sini sangat menggalakkan dan petugas serta jentera tempatan khususnya tengah giat membawa pengundi untuk keluar dan kita juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi luar kerana mereka balik untuk mengundi kali ini.
“PDM Chini 2 ini sangat meriah, mereka bekerja dengan penuh semangat dan petugas-petugas kita saling tidak putus mengenalpasti pengundi untuk dibawa keluar dan yakin PDM Chini 2 ini akan mencatatkan ‘double up’.
“Saya menyeru kepada pengundi di DUN ini agar dapat keluar beramai-ramai untuk membuang undi dan sasaran kita insya Allah tercapai,” ujarnya.
Sementara itu Ketua Penerangan UMNO Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang turut berada di kawasan itu turut melahirkan rasa syukur suasana mengundi berjalan lancar dan petugas-petuga juga menjalankan tugas masing-masing.
“Terima kasih kepada pengundi yang keluar awal dan mengundi calon BN,Mohd Shahrim Md Zaid dan yakin calon kita mampu mencapai kemenangan apabila visi dan misi dibentangkan itu mendapat perhatian pengundi dan masyarakat di DUN Chini ini. Malah kita percaya pengundi di sini percaya dan akan terus memberikan sokongan kepada BN,” ujarnya.
Sementara itu dalam tinjauan UMNO-online ke beberapa kawasan pusat pengundian lain mendapati suasana cukup tenang dengan pengundi mengambil peluang untuk memilih siapakah wakil rakyat mereka.
Tidak sepertimana Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum-sebelum ini, PRK Dewan Undangan Undangan Negeri (DUN) Chini ‘suhu’ hari mengundi dilihat berlainan dengan suasananya yang cukup tenang – UMNO Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan