Bagaimanapun katanya, di peringkat Wilayah Persekutuan, solat Jumaat cuma diadakan satu sesi seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).
“Justeru sekarang ini kami telah mengambil ketetapan bagi pihak contohnya Wilayah Persekutuan, kita tidak akan buat dua sesi, kita hanya buat satu sesi sahaja. Negeri lain tertakluk kepada pentadbiran agama negeri.
Dr Zulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Peduli Pasca Musa’adah COVID-19 Bersama Nelayan Terengganu, di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Chendering, di sini hari ini.
Katanya Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI itu turut membenarkan solat Jumaat diadakan di kawasan tepi masjid termasuk pemasangan khemah di pekarangan masjid, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan