KUALA LUMPUR: Langkah menampilkan calon muda pada PRK DUN N.23 Chini adalah tepat untuk memenuhi banyak aspek kehidupan rakyat ketika ini terutama generasi muda.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Andansura Rabu berkata, perhatian kepada generasi muda boleh dianggap sudah menjadi antara fokus utama dari sudut ekonomi, sosial, budaya, sukan, mahupun politik.
Kerana menurutnya, ia bertepatan dengan kehendak masyarakat yang inginkan tenaga dan idea baharu dan segar dari golongan muda, selain agresif serta mempunyai stamina besar.
Hal tersebut jelas beliau yang juga ADUN Beserah adalah kerana Chini mempunyai latar muka bumi berbukit dan luas di mana keadaan untuk pergerakan sedemikian memerlukan orang muda.
Beliau mengupas perkara itu pada Wawancara Khas Sempena PRK N.23 Chini secara siaran langsung di Facebook Umno Online, kelmarin.
Terang beliau, ADUN Chini, Allahyarham Dato’ Seri Abu Bakar Harun telah membina legasi yang sangat baik di Chini dan kini peluang Mohd Shahrim Md Zain pula mencurahkan pengalamannya.
Yakini beliau, Mohd Sharim mampu berbuat demikian atas latar belakang beliau yang aktif sebagai penggerak dalam persatuan dan generasi anak FELDA khususnya serta mampu membawa perubahan. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan