Rabu, 22 Julai 2020

KKM kesan dua kluster baharu

fazleensafina


Kluster Hyde Park babitkan anak kapal Rusia di Pelabuhan Klang

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua lagi kluster baharu iaitu Kluster Hyde Park di Selangor dan Kluster PUI Melbourne di Sarawak, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Memperincikan Kluster Hyde Park, beliau berkata, kluster itu dikesan di atas sebuah kapal di Pelabuhan Klang, membabitkan seorang anak kapal warga Rusia (kes ke-8769), yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara Mesir dan India.

“Kluster ini dikenal pasti susulan saringan COVID-19 yang dijalani oleh kru kapal itu sebelum pulang ke negara asal. Sehingga hari ini, keseluruhannya 24 orang telah disaring dengan empat disahkan positif COVID-19.

“Semua kes positif dalam kluster ini melibatkan bukan warganegara. Mereka sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh, manakala kesemua kontak rapat yang negatif pula dikuarantin di atas kapal itu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jelasnya, kluster itu tidak membawa risiko penularan jangkitan dalam komuniti kerana ia adalah kluster import yang terpencil, selain langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di atas kapal berkenaan.

Tiada ulasan: