Jumaat, 3 Julai 2020

Kes aktif Covid-19 turun 81 orang, 97.7 peratus telah sembuh

Kes aktif Covid-19 turun kepada 81 orang hari ini berbanding 85 orang semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 9 orang lagi pulih hari ini menjadikan keseluruhan yang sembuh adalah 97.7 peratus atau seramai 8,444 orang.

Jelas Dr. Noor Hisham sebanyak 5 kes baharu di kesan sejak semalam. Tiga daripada kes tersebut merupakan kes import melibatkan warganegara Malaysia. Mereka masing-masing baru pulang dari Qatar,Turki dan Oman.

Dua lagi kes merupakan penularan tempatan melibatkan warganegara Malaysia. Kes dikesan ketika ujian saringan di pusat kesihatan sebelum dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah.

Sementara itu seramai dua kes dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi dan kedua-dua kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala tiada kes kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan kes maut akibat Covid-19 kekal 121 kes. -SM

Tiada ulasan: