Dr Noor Hisham diberi anugerah itu sempena majlis Anugerah Sanjungan Kencana Fakulti Perubatan 2020, UKM pada Jumaat.
"Mereka adalah insan-insan istimewa yang komited, produktif, inovatif
dan sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat
melangkaui jangkaan," katanya dalam hantaran Facebook beliau pada
Jumaat.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kecemerlangan perkhidmatan kesihatan negara merupakan hasil kerjasama berpasukan setiap individu kerana setiap sumbangan walau sekecil mana pun, adalah rentetan ke arah hasil impak kesihatan yang tinggi, kos berpatutan dan memenuhi kepuasan pelanggan.
Dr Noor Hisham turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga kerja perkhidmatan kesihatan yang masih berkhidmat dan yang telah bersara.
"Mereka sentiasa melaksanakan tugas dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan dengan penuh dedikasi dan integriti," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan