Jumaat, 10 Julai 2020

BN pertahan semua kerusinya pada PRU-15 nanti

SUSULAN Barisan Nasional (BN) memenangi enam PIlihan Raya Kecil  (PRK) berturut-turut termasuk Chini, parti itu tekad pertahan kesemua kerusinya.

Hal itu dinyatakan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa apabila kerusi yang dimenangi ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) perlu dipertahankan.

Berdasarkan pernyataan tersebut, menyerlahkan lagi persediaan ke arah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin nyata.

“Barisan Nasional berhasrat mempertahankan semua kerusi tradisinya sama ada dimenanginya PRU-14 atau yang di menangi PRK kemudiannya,”

Katanya dipetik laporan portal MalaysiaGazette. Kenyataan itu juga disifatkan menguatkan lagi desas-desus PRU semakin hampir.

BACA > TH catat pendapatan pelaburan RM1.55b pada separuh pertama 2020 — Suara Merdeka

Pada PRU-14 lalu, BN menangani 79 kerusi Parlimen dan menjadi pembangkang apabila tampuk pemerintahan jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH).

Selepas PRU-14, BN memenangi enam kerusi PRK berbanding PH yang memegang lima kerusi.

BN memenangi di Cameron Highlands pada 26 Januari 2019, DUN Semenyih (2 Mac 2109), DUN Rantau (13 April 2019) dan Parlimen Tanjung Piai (16 November 2019)

Sementara di Sabah pula, BN memenagi PRK di Parlimen Kimanis pada 18 Januari lalu selepas tewas di Parlimen Sandakan pada Mei 2019.

Pada PRK Chini lalu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa agar semua jentera parti harus bersiap sedia.

BACA > Setiausaha politik ambil ‘habuan’ sekali untuk bekas menterI — Suara Merdeka

Ini kerana jelasnya PRU-15 bakal diadakan dalam masa lima bulan akan datang.

Malah katanya kemenangan BN di PRK  itu mencerminkan referendum kepada PRU-15 yang akan ditandingi oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, Muafakat Nasional (MN) yang terdiri daripada UMNO dan Pas turut menjangkakan PRU-15 akan diadakan dalam masa terdekat.

Hal demikian berikutan kemelut politik negara yang tidak berkesudahan termasuk isu usul tidak percaya dan spekulasi lompat parti.

Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak juga turut menasihatkan agar BN bersedia menghadapi PRU-15 jika Parlimen dibubarkan bagi mengembalikan kestabilan politik.

Dalam pada itu, Najib berkata gabungan parti itu konsisten menyokong kerajaan PN sehingga PRU-15.

Tiada ulasan: