Rabu, 8 Julai 2020

Ambil balik Mersing, kata Najib

Wartawan MalaysiaGazette
MGF020720_RAMAH-MESRA-BERSAMA-AL-WARDAH_04-681x454
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad tiada keperluan untuk membuat kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku biarpun sudah melompat parti, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Presiden UMNO itu mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar yang mendakwa UMNO Sabah sudah tidak laku kerana ramai ahlinya yang telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam rakaman video yang viral itu, Ahli Parlimen Mersing berkata: “Saya orang yang melompat, teruk juga saya kena kutuk. Biasa la tu. Kalau tak nak, tak payah masuk politik.

“Cuma saya tak ada Facebook, saya tak ada Instagram, saya tak ada Twitter jadi orang tak boleh hentam saya. Kalau dia hentam, saya pun saya buat tak tahu, sebab saya tak ada.

“Orang Sabah, dia tak panggil lompat. Dia kata hijrah, biasa. Daripada Berjaya pergi ke USNO, Berjaya pergi PBS, PBS pergi UMNO.

”Sekarang ini UMNO dah tak laku la. I mean parti la, UMNO di Sabah lah. Itu realitinya kerana orang sudah tidak yakin. Semua orang dia dah lompat, dia hijrah ke Bersatu”.

Abdul Latiff adalah antara enam ahli Parlimen UMNO yang keluar UMNO dan menyertai Bersatu selepas Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam hantaran di Facebook, Najib berkata, Mersing perlu diambil balik oleh UMNO. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: