Sabtu, 23 November 2019

Redzuan: Birokrasi ketat penghalang kemajuan industri kereta terbang

MALAYSIAKINI
 
 

Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof berkata peraturan dan birokrasi yang ketat menjadi penghalang kemajuan pembangunan industri mobiliti udara (AMV), atau ‘kereta terbang’.

Redzuan berkata, walaupun peraturan diperlukan, birokrasi yang ada ketika ini tidak berkembang dengan cukup laju untuk menyokong pembangunan industri berkenaan. 

“Saya faham terdapat keperluan untuk peraturan, dan kita adalah kerajaan yang mematuhi peraturan undang-undang.


“Kebimbangan saya adalah peraturan dan proses birokrasi kita tidak cukup berkembang pesat untuk memenuhi keperluan industri dan inovasi serta kemajuan teknologi.


“Ini adalah sesuatu yang perlu kita lihat,” kata Redzuan seperti dipetik oleh portal Free Malaysia Today.


Redzuan membuat kenyataan itu selepas sesi menguji salah satu daripada AMV yang dicipta untuk Malaysia, Khamis lalu tidak dapat dilaksanakan.


Sesi pengujian itu tidak dijalankan selepas mendapati penerbangan ujian UAS E-Hang 216 yang dibuat oleh China, tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).


Justeru, Redzuan berkata AMV tidak seharusnya dikawal selia seperti dron biasa kerana ia mempunyai perbezaan dari segi berat dan tujuan penerbangan

Redzuan menggesa pembaharuan proses birokrasi dan rangka kerja kawal selia untuk membolehkan pembangunan ekosistem AMV.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.