Seramai 10,002 wanita tempatan dan warga asing didapati
terlibat dalam kegiatan pelacuran dalam operasi di tujuh negeri bagi
tempoh Januari hingga Oktober lepas.
Beliau berkata kesemua mereka termasuk warga Vietnam, China dan Thailand dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur.
Menurut Huzir, 2,633 serbuan dilakukan di tujuh negeri dan Kuala Lumpur sepanjang tempoh itu melibatkan 1,686 premis bar, 802 pusat karaoke dan 145 kelab malam.
Sementara itu, beliau berkata polis akan meneliti prosedur pemeriksaan ke atas individu yang masuk ke stadium susulan insiden membakar suar semasa perlawanan Malaysia-Indonesia pada kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.
Huzir berkata ini termasuk merujuk perkara itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Kami polis memang ada wakil dalam jawatankuasa FAM dan perkara ini akan dirujuk kepada pihak terlibat," katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan