Siasatan kes bunuh Adib diteruskan selepas terima arahan pejabat AG
KUALA LUMPUR– Polis akan memanggil dua saksi pakar inkues kes kematian anggota
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Muhammad Adib Mohd Kassim,
dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Dua
individu tersebut ialah Pakar Patologi Forensik United Kingdom, Prof Dr
Shahrom Abd Wahid dan pakar fizik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Dr Amir Radzi Ab Ghani.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata,
seorang daripada mereka akan hadir hari ini bagi dirakam keterangan
manakala seorang lagi akan dipanggil dalam masa terdekat.
“Semasa
inkues di Mahkamah Koroner, 30 saksi telah dipanggil dan 28 daripadanya
merupakan saksi yang telah dirakam percakapan oleh polis.
“Polis
juga telah membuat janji temu dengan beberapa saksi dan akan meneruskan
siasatan selepas menerima arahan daripada pejabat Peguam Negara pada
Jumaat lepas (4 Okt),” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini
hari ini.
Sementara
itu, Huzir turut meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi
berhubung empat suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan Muhammad Adib.
Beliau
menjelaskan, empat individu berkenaan ditahan atas kesalahan insiden
merusuh di MCT berhampiran lokasi kejadian serangan di Kuil Sri Maha
Mariamman, USJ25, Subang Jaya.
“Salah
faham berhubung empat suspek yang dibebaskan dalam kes kematian Muhammad
Adib sebelum ini adalah disebabkan kekeliruan dalam laporan beberapa
media tempatan,” katanya menambah empat suspek terbabit adalah daripada
enam orang ditahan di lokasi kejadian.
Jelasnya,
empat suspek yang dibebaskan itu sebenarnya disiasat di bawah Seksyen
147, 427 dan 447 Kanun Keseksaan iaitu merusuh, pencerobohan jenayah dan
mendatangkan bencana.
Selain
itu, 56 daripada 66 orang yang disiarkan gambar mereka sebelum ini
diminta tampil membantu siasatan kes kematian Muhammad Adib.
Katanya, individu terbabit diminta tampil sebelum polis menyiarkan kembali gambar mereka dalam masa terdekat.
Pada 27
September lepas, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian
Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih
individu yang tidak dikenali.
Muhammad
Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada
17 Disember tahun lalu, selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian
rusuhan di hadapan kuil berkenaan.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan