Ultra kiasu bodoh tak boleh diajar. Biarlah Melayu bincang hal mereka
BANGI
– Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menempelak sikap ultra
kiasu apabila mengkritik ‘individu-individu’ yang menghadiri Kongres
Maruah Melayu sebagai rasis.
Beliau hairan apabila Cina ultra kiasu berkumpul dalam perhimpunan Cina, mereka mengatakan perkara berkenaan sebagai hak mereka.
“Ini yang dikatakan bodoh yang tak boleh
diajar. Biar orang Melayu nak hadir perhimpunan sesama mereka dan
berbincang tentang hak-hak mereka yang semakin terhakis.
“Apa pasal kamu ultra kiasu sakit
punggung? Peliknya, ultra kiasu boleh pula berhimpun dan berbincang
sebebas-bebasnya, sehingga kadang kala menyentuh perkara sensitif. Boleh
pula?” soalnya.
Terdahulu, wakil DAP, Charles Santiago
menyifatkan bukan masa terbaik untuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
merasmikan Kongres Maruah Melayu.
Charles Santiago yang juga Ahli Parlimen
Klang, mengingatkan Dr Mahathir bahawa beliau adalah perdana menteri
untuk semua rakyat Malaysia.
Selain itu, Naib Presiden MCA, Ti Lian
Ker dilaporkan berkata, kehadiran Dr Mahathir di Kongres itu memburukkan
hubungan antara kaum di negara ini.
Ti turut mempersoalkan sama ada Pakatan
Harapan (PH) ingin memainkan isu perkauman di saat PAS dan UMNO
“bercakap mengenai mempertahankan semangat dan matlamat Perlembagaan
Persekutuan”.
“Ironi apabila PAS dan Umno kini bercakap
tentang Muafakat Nasional tanpa menjejaskan kedudukan dan hak etnik dan
agama lain tetapi kerajaan PH dan pemimpin Bersatu mempromosikan melayu
fobia yang diselindungkan sebagai ‘martabat Melayu’ di universiti
awam,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Ridhuan juga membidas
bahawa pemimpin ultra kiasu juga sebelum ini pernah menghadiri
perhimpunan parti Cina seperti MCA, Gerakan, DAP dan badan bukan
kerajaan (NGO) Cina seperti Hua Zong, Dong Zong, Jiao Zong.
“Cuba perhatikan berapa kali menteri dan
timbalan menteri ultra kiasu berucap dalam perhimpunan NGO Cina Dong
Jiao Zong, menggunakan bahasa Cina, kain rentang dalam bahasa Cina.
Pendek kata, semuanya Cina. Ini tidak rasis ke komunis?” soalnya.
Dr Ridhuan berkata, himpunan yang
dianjurkan itu adalah berasaskan sistem kenegaraan Melayu dan tidak
salah di sisi undang-undang.
“China komunis, berhimpun dalam kalangan
mereka, Perdana Menteri India berhimpun bersama orang India, tidak pula
kamu kata rasis.
“Sudahlah ultra kiasu, jika beginilah
perangai kamu, pergilah ke negara China dan bincanglah hak-hak kamu
disana. Nak tengok sejauh mana kamu boleh bincang.
“Jika beginilah perangainya, jika ada
calon ultra kiasu yang bertanding di kawasan majoriti Melayu, maka ia
wajar ditolak. Saya juga harap PM tidak akan tunduk dengan tekanan ultra
kiasu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan