Isnin, 7 Oktober 2019

MAHATHIR YANG SEMAKIN MELALUT…..





Apa jadi dengan Tun Mahathir Mohamad sekarang ini?
Sebelum ini, sebagai alasan untuk tidak menunaikan janji-janji manifesto, beliau berkata, PH sengaja meletakkan perkara-perkara yang susah di dalamnya kerana tidak menyangka akan menang PRU14 lalu.

“Sebenarnya, kami ingat kami akan kalah, jadi kami letak perkara-perkara yang susah (untuk direalisasikan) dalam manifesto, supaya jika kami kalah, kerajaan (lama) akan terperangkap.

“Tapi sekarang kami jadi kerajaan, kami jadi mangsa kepada manifesto kami sendiri,” katanya.

Walaupan hujah itu ternampak tidak masuk akal dan seperti cuba memperbodohkan rakyat lantaran beliau ada pengalaman sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini, tetapi itulah Tun Mahathiir dulu, kini dan selamanya.

Beliau bukan saja sengaja mencipta alasan yang bukan-bukan untuk tidak menunaikan janji kepada rakyat, malah bagaikan tidak langsung rasa berdosa melakukannya.

Tambahan, dalam usia 94 tahun sekarang, beliau tidak sepatutnya tiada rasa takut kepada Tuhan seperti seseorang yang berusia 49 tahun.

Bagaimanapun, jika hujahnya berhubung janji-janji dalam buku manifesto itu saja pun sudah membuatkan ramai makin meluat dengan sikapnya, kenyataan terbaru beliau berhubung janji menghapuskan tol rasanya tambah menyakitkan hati lagi.

Kata Pengerusi PH itu, PH tidak pernah berjanji untuk menghapuskan tol.

Beliau mengakui kebanyakan pemimpin PH tidak membaca manifesto dengan baik, sebaliknya mereka terbawa-bawa dengan pandangan sebagai pembangkang.

“Kami tidak pernah berjanji untuk menghapuskan tol, tapi ini dianggap sebahagian manifesto kami, kadang-kadang kami terbawa dengan pandangan pihak pembangkang,” katanya lagi.



Realitinya, janji menghapuskan tol bukan saja tertera dalam buku manifesto, malah beberapa pemimpin PH juga kerap berceramah menjanjikan tol percuma sepanjang kempen PRU14 lalu.

Kenapa Tun Mahathir masih mahu menafikannya lagi?

Apa masalah beliau sebenarnya?

Mengapa semakin lupa kepada banyak perkara?

Apakah faktor usia tuanya menjadikan Tun Mahathir semakin banyak melalut kebelakangan ini?

Tiada ulasan: