Dr Ahmad Sanusi Azmi
Kena faham kempen produk muslim bukan boikot produk bangsa lain
PENGARANG akhbar Amanah
Daily ini kelihatan seakan memperlekeh usaha saudara muslimnya untuk
memperkasa ekonomi umat Islam. Biarpun ada segelintir yang
memperkecilkan usaha ini, janganlah kita berputus asa. Ini kerana,
ketika Rasulullah ﷺ berusaha membangunkan ekonomi muslim di Madinah,
Baginda turut pernah disabotaj.
2. Usaha Rasulullah ﷺ untuk menghidupkan
ekonomi buat muslim telah disabotaj oleh Kaab Bin Asyraf, seorang
pembesar Yahudi. Kaab datang merobohkan khemah perniagaan yang telah
dibangunkan. Bertegas dengan tindakan Kaab yang merobohkan khemah
perdagangan pasar kaum muslimin, Rasulullah ﷺ menegaskan:
لا جرم لأنقلنّها إلى موضع هو أغيظ له من هذا
“Baiklah, kita akan bina pasar yang
lebih dimarahi (yang lebih dibimbangi oleh Yahudi) daripada ini!”
(al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257)
3. Menurut riwayat Ibn Syabah, Rasulullah ﷺ sendiri yang menyumbang ke arah pembangunan pusat perdagangan muslim. Kata beliau:
أن رسول الله صلّى الله عليه وسلّم تصدق على المسلمين بأسواقهم
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ sendiri
menyumbang (melaburkan wang kepada pembangunan) pasar-pasar perdagangan
kaum Muslim.” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257)
4. Semalam, Mufti Perlis turut bersetuju
agar kaum muslim bersama menyokong kempen mengutamakan produk muslim.
Malangnya ada di kalangan muslim sendiri yang kelihatan seakan merendah
bahkan memperlekeh usaha murni ini.
5. Lebih malang lagi apabila ada yang
mengelirukan kempen ini dengan mengatakan ianya adalah usaha boikot
sedangkan apa yang ditegaskan adalah kempen mengutamakan barangan
muslim.
Mari bersatu memperkasa ekonomi Ummah! Usah peduli kata-kata yang memperlekeh.
* Dr Ahmad Sanusi Azmi, Ahli Majlis Ulama Isma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan