DENYUT REFORMASI
KUALA LUMPUR - Mesyuarat agung tahunan sebahagian kawasan Parti Amanah
Negara (Amanah) yang dibatalkan dan perlu diadakan semula wajib menjadi
iktibar seluruh jentera pentadbiran parti agar tidak lagi berulang pada
masa hadapan.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, kelemahan
itu diakui sendiri setiausaha agung dan pasukan sekretariat parti
apabila mereka sedang bertungkus-lumus menyelamatkan parti yang baru
menyambut ulang tahun keempat pada 16 September lalu.
Menurutnya,
perkara sama pernah menimpa UMNO sehingga diharamkan mahkamah, selain
DAP pada tahun 2013 iaitu 48 jam sebelum penamaan calon sehingga
hampir-hampir menggunakan simbol Pas untuk bertanding Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU13) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU14.
"Amanah mengalu-alukan ketegasan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan mengakui kelemahan di pihak kita.
"Pada
masa sama, Amanah sedang giat membaiki kelemahan berlaku dengan ketika
ini sedang rancak berlangsungnya mesyuarat semula Amanah di semua
peringkat berkaitan," katanya dalam satu kenyataan.
Mohamad
berkata, pihaknya turut meminta seluruh ahli Amanah agar terus berusaha
dan mematuhi segala arahan terbaharu dikeluarkan sekretariat parti bagi
memastikan kelangsungan parti terus selamat.
Menurutnya, pihaknya
mengakui Amanah menerima penyertaan ahli baharu yang ramai sehingga
banyak cawangan tumbuh di seluruh negara.
"Namun begitu, pengurusan parti di semua peringkat jua perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
"Jangan
kita beralasan seperti Pak Pandir bahawa 'bukan anak kita sahaja yang
mati, anak orang lain pun mati juga' dengan mengatakan bukan Amanah
sahaja ditimpa kesilapan tetapi juga parti besar lain," katanya.
Mohamad
berkata, adalah lebih penting Amanah mengambil iktibar dan berazam
memperbaiki keadaan khususnya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan
organisasi agar parti itu terus menjadi sebuah parti kemas dan teratur
dalam urusan organisasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan