Penyanyi dan juga pelawak Zizan Razak mengaku pernah mengalami gangguan kebimbangan atau anxiety disorder.
Zizan berkata penyakit berkenaan merupakan perkara yang perlu ditangani secara serius.
"Masa dulu, dulu," katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, kelmarin.
Meskipun tidak merujuk kepada mana-mana pakar berhubung masalah kesihatan dialami, Zizan berkata, dia melakukan solat setiap kali didatangi masalah itu.
"Tak ada. Saya solat," jawabnya ringkas.
Jelas Zizan, masalah yang dihadapinya itu bermula daripada kemunculan pelbagai media sosial.
"Mula-mula ada zaman media sosial, ada itu, ada ini.
"Kadang-kadang, bila filem tak jadi, cerita saya tak hit, lakonan saya gagal, hadapi benda-benda yang buatkan saya tak boleh tidur, sedih," katanya.
Media melaporkan, isu kebimbangan melampau adalah isu yang sering berlaku dalam kalangan golongan muda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan