Sebahagian
penduduk terpaksa berteduh di penempatan sementara yang disediakan oleh
penduduk kampung selepas rumah mereka dirobohkan oleh Kerajaan Selangor
di Paya Jaras Hilir, Selangor. foto IQBAL BASRI
SUNGAI BULOH – Penduduk Paya Jaras Hilir yang menghuni khemah
sementara selepas rumah mereka dirobohkan kerajaan Selangor berharap
agar penderitaan yang dialami tidak akan berpanjangan.
Rata-rata penduduk yang menjadi mangsa dan penghuni khemah yang
didirikan oleh Pas kawasan Sungai Buloh memberitahu, mereka tidak pernah
terfikir menjadi insan sedaif itu dalam sekelip mata.
Malah, perkara yang sangat dibimbangi mereka ketika ini ialah tentang
tahap kesihatan ekoran terpaksa tinggal di khemah yang tidak berdinding
dan terdedah kepada serangan nyamuk selain faktor keselamatan.
Seorang penduduk, Holilah Ahmad Akir, 32, berkata, tinggal bersama
tiga anaknya yang masih kecil di khemah itu sememangnya menyeksakan. Holilah Ahmad Akir
Katanya, mereka terpaksa mendapatkan ihsan daripada jiran-jiran untuk
mandi dan membuang air kerana tidak ada kemudahan tandas disediakan
kepada penghuni khemah tersebut.
“Kami risau dengan budak-budaklah. Sebelum ini di sini tiada kipas, baru malam tadi disediakan. Memang panas tinggal di sini.
“Baru tadi disediakan bantal dan selimut untuk kami guna pada malam
ini. Alhamdulillah, ramai yang simpati terhadap nasib kami yang tinggal
di sini,” katanya.
Sarina Syarifuddin, 25, pula berkata, tidak pernah terlintas
difikirannya untuk tinggal dalam khemah seperti itu bersama dua anaknya
yang salah seorang daripadanya baru berusia tiga bulan. Sarina Syarifuddin
Ujarnya, dia kasihan dengan anak-anaknya itu yang terpaksa berdepan dengan situasi sukar dan tidak selesa.
“Dalam keadaan getir ini suami saya cuma mengingatkan kepada saya
supaya bersabar dalam menghadapi cubaan besar ini. Apa lagi yang kami
boleh buat kalau sudah ditakdirkan begini,” katanya yang telah tinggal
di situ sejak 16 tahun lalu.
Sementara itu, Mohd. Azman Emewan, 27, pula sedih dengan nasib yang terpaksa ditempuh oleh isteri dan tiga anaknya.
Katanya, dia tidak ada sebarang perancangan kerana masih kebingungan dengan situasi yang dialami.
“Saya tak nampak lagi lepas ini hendak ke mana. Memang belum boleh berfikir. Mohd Azman Emewan
“Saya hanya mengharapkan agar kerajaan negeri sekarang ini
menyediakan rumah yang selesa buat kami semua,” katanya yang tinggal di
rumah peninggalan ayahnya bersama adik beradik dan ibunya yang sedang
uzur sebelum ia dirobohkan. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan