DENYUT REFORMASI
Kerajaan Pakatan Harapan mengambil
tindakan pantas dan tangkas dalam membanteras sindiket penjualan kad
pengenalan (MyKad) kepada warga asing seperti yang dilaporkan media
baru-baru ini.
Setakat ini enam individu telah dihadapkan ke mahkamah dengan pelbagai tuduhan.
Namun yang menjadi persoalan; sejak
bila sindiket ini mula wujud dan mengapa tindakan hanya diambil setelah
kerajaan PH mengambil alih Putrajaya.
Hakikat yang tidak boleh ditolak adalah sindiket ini berleluasa semasa era pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Justeru itu, Ahli Parlimen Batu
Kawan, Kasthuri Patto dalam kenyataannya baru-baru ini, tampil menggesa
agar Zahid Hamidi disiasat kerana beliau adalah Menteri Dalam Negeri era
BN yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kasthuri turut mengajak Ketua Pemuda
UMNO, Asraf Wajdi Dusuki — yang dilihat begitu ‘lantang’ menyuarakan
mengenai isu sindiket Mykad — agar turut serta menggesa supaya polis
menyiasat Zahid Hamidi.
“Asraf dan rakan-rakannya yang
sepemikiran dengannya mempunyai peluang untuk mencurahkan bakti buat
Malaysia jika mereka boleh mula dengan mengutuk tindakan keji pegawai
JPN dan sesetengah kakitangan Jabatan Imigresen yang telah mengkhianati
negara dan menggesa Presiden UMNO, Zahid Hamidi supaya disiasat selaku
Menteri Dalam Negeri di bawah era BN, kerana sindiket ini telah
beroperasi semasa rejim BN,” tegasnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan