Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
UMNO dan PAS perlu mendalami, menguasai geo-politik dunia
TIDAK membabitkan
pimpinan tertinggi parti yang terpalit kes rasuah dan salah laku
walaupun belum dihakimi bersalah oleh mahkamah (Datuk Seri Najib Razak,
Datuk Seri Zahid Hamidi dan lain-lain)
2. Beragenda besar dan bukan semata-mata
ingin tumbangkan PH dalam PRU akan datang. Matlamat untuk mengembalikan
dominasi Melayu Islam dalam politik tanah air perlu menjadi objektif
utama
3. Inklusif dan dipunyai oleh seluruh
rakyat yang beragama Islam dan berbangsa Melayu, bukan hanya ahli parti.
UMNO ada tiga juta ahli dan PAS satu juta ahli. Jika kita anggarkan PH
ada sokongan tiga juta pengundi Melayu Islam, maka ada lebih kurang dua
juta lagi pengundi Melayu Islam yang perlu diyakinkan.
Ini tidak termasuk jutaan lagi anak-anak
muda yang belum mendaftar sebagai pengundi dan akan layak mengundi
pertama kali dalam PRU-15
4. Seluruh ahli UMNO perlu tukar budaya
kerja 360 darjah terutama budaya rasuah, hidup mewah dan mengampu
pemimpin. Mereka perlu sedia ditarbiah.
Seluruh ahli PAS perlu tingkatkan
kemahiran dan kemampuan mentadbir negara secara profesional. Kekurangan
UMNO adalah kelebihan PAS dan begitulah sebaliknya.
5. Kedua-dua pihak perlu mendalami dan
menguasai geo-politik dunia, agenda masonik, isu pertembungan dua kuasa
dunia AS-China, pelbagai ancaman ideologi terhadap kedaulatan negara,
konsep dan aplikasi kenegaraan dalam Islam serta topik yang seumpama
dengannya. Bab ini Isma boleh bantu.
*Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad, Kluster Tarbiah Isma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan